Britain berduka lagi

10 umat Islam cedera dirempuh van putih LONDON 19 Jun – Britain terus berdepan de­ngan serangan keganasan terbaharu apabila sebuah van merempuh umat Islam yang baru keluar dari masjid Finsbury Park di sini, hari ini, mencederakan 10 orang jemaahnya. Mail Online melaporkan, penyerang yang menaiki sebuah van putih sempat menjerit, ‘saya mahu bunuh semua umat […]

Mahkamah perintah KDN fail laporan pakar berhubung penggunaan kalimah Allah

KUALA LUMPUR, 19 Jun  – Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan laporan pakar berhubung persoalan sama ada penggunaan kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang beragama Islam dalam permohonan semakan kehakiman oleh Jill Ireland Lawrence. Perkara itu dimaklumkan peguam Annou Xavier, yang mewakili Jill, wanita Kristian berbangsa Melanau, kepada pemberita selepas pengurusan […]

Paderi pedofil rogol 30 kanak-kanak tidak dikenakan hukuman

MEXICO, 19 Jun  – Seorang paderi Katolik dibebaskan oleh gereja walaupun, selepas dia mengaku merogol hampir 30 kanak-kanak perempuan berusia antara 5 hingga 10 tahun. Jose Garcia Ataulfo ‘dibersihkan’ daripada sebarang kesalahan dan tidak akan menghadapi sebarang tuduhan jenayah, walaupun pada hakikatnya dia tahu dia telah dijangkiti HIV ketika dia mendera secara seksual semua kanak-kanak […]

Jawi siasat penganjuran majlis berbuka puasa Gay

BANGI, 19 Jun  – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang melakukan siasatan berhubung penganjuran majlis berbuka puasa dalam kalangan pendukung gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), 10 Jun lalu. Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Nadia Zammil Md Nasir berkata, pihaknya sedang menyiasat sejauh mana kebenaran tular yang tersebar. “Menurut sumber, ada yang mengatakan mereka […]

Orang Asli cekal berpuasa

GUA MUSANG – Pos Hendrop merupakan salah satu pos penempatan masyarakat Orang Asli yang mempunyai bilangan penganut agama Islam paling ramai di daerah ini. Memiliki hampir 1,000 penduduk, lebih 80 peratus daripadanya beragama Islam dan menjalani ibadat puasa sama seperti masyarakat Melayu Islam. Imam Masjid Al Hidayah Pos Hendrop, Aris Rami, 47, berkata, tahun demi […]

YADIM Sarawak sampaikan sumbangan

KUCHING 19 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk di dua kampung di pedalaman Miri sempena program Imarah Ramadan pada 13 dan 14 Jun lepas, kata Pengurus Eksekutifnya, Awang Dulhadi Awang Mat. Beliau berkata, program pertama telah diadakan di Kampung Taha, Beluru, Miri anjuran bersama YADIM, Majlis Agama […]

Imarah Ramadan di perkampungan Orang Asli

KOTA BHARU 19 Jun – Bagi mengimarah bulan Ramadan tahun ini Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan, telah mengadakan program Iftar Ramadhan dan Sembahyang Terawih melibatkan masyarakat Orang Asli di Handrop, Gua Musang. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, program itu telah turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Abdul Aziz Yusof […]

Membantu warga miskin dan hadapi masalah kesihatan

KOTA BHARU 19 Jun – Pada 14 Jun lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah mengadakan program Ziarah Prihatin yang menumpukan usaha memberi bantuan kepada warga miskin di sekitar Rantau Panjang. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, program itu mendapat kerjasama daripada Pegawai Pembangunan Islam Rantau Panjang dan disertai oleh ahli-ahli Sukarelawan […]

YADIM Utara raikan anak yatim dan miskin

SIK 19 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara dengan kerjasama Alumni Belia 4B Negeri Kedah telah mengadakan program Ziarah Kasih dan Iftar di Rumah Anak Yatim dan Miskin Gemilang di sini pada 18 Jun 2017. Pengurus Eksekutif YADIM Utara, Hafsah Husain berkata, program berkenaan diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dan miskin sempena […]

YADIM Sabah bawa anak yatim melawat Kuala Lumpur

KOTA KINABALU 19 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bersama anak-anak yatim pada  14 hingga 17 Jun 2017  bersamaan  19 hingga  22 Ramadhan 1438H yang lalu. Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program itu dianjurkan bersama oleh YADIM dan Malaysia Airlines (MAS), Kementerian […]