Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak sampaikan sumbangan

YADIM Sarawak sampaikan sumbangan

KUCHING 19 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk di dua kampung di pedalaman Miri sempena program Imarah Ramadan pada 13 dan 14 Jun lepas, kata Pengurus Eksekutifnya, Awang Dulhadi Awang Mat.

Beliau berkata, program pertama telah diadakan di Kampung Taha, Beluru, Miri anjuran bersama YADIM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),  Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Miri, Sukarelawan Al-Falah Miri, Urusetia Saudara Kita Daerah Miri dan Pertubuhan Mawaddah.

“Dalam majlis ini, selain majlis iftar, turut diadakan adalah penyampaian  sumbangan yang merupakan infaq daripada pelbagai pihak termasuk dari luar Sarawak dan telah disampaikan kepada 34 keluarga mualaf,’’ katanya.

Beliau berkata, program kedua pula telah diadakan di Kampung Tegageng dan dilokasi berkenaan sumbangan-sumbangan adalah daripada MAIWP serta pelbagai pihak lain termasuk orang perseorangan dari seluruh negara.

“Program ini disertai oleh ahli-ahli Sukarelawan Al-Falah Miri dan mereka telah mengharungi perjalanan kira-kira dua jam dari bandar Miri untuk sampai ke kampung berkenaan,’’ katanya.

Beliau berkata, apa yang menarik ditunjukkan di perkampung berkenaan adalah sikap toleransi di antara penduduk meskipun berbeza agama dan kepercayaan.

Menurutnya, sebagai contoh dalam majlis yang diadakan itu, yang turut hadir adalah ketua-ketua kampung dari sekitar Tegangeng atau dikenali sebagai tuai rumah yang bukan beragama Islam.

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *