Dr Zakir Naik bukan pengganas

SHAH ALAM 20 Dis. – Pendirian polis antarabangsa (Interpol) menolak untuk mengeluarkan notis merah (red corner) terhadap pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik membuktikan beliau tidak bersalah sepertimana didakwa sesetengah pihak. Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan berkata, Pas menegaskan Dr Zakir bukanlah seorang pengganas tetapi pakar pembandingan agama yang telah mengislamkan ramai orang di seluruh dunia […]

Parti gay, Republik Indonesia penjarakan 10 orang

Jakarta, Indonesia 20 Dis – Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap 10 lelaki yang dipercayai terlibat dalam “parti seks gay” di sebuah sauna di ibu kota republik sekular Indonesia, Jakarta. Seramai 141 orang ditahan dalam serbuan di sebuah bangunan yang menempatkan sauna dan gim pada Mei lalu. Memetik laporan yang disiarkan oleh […]

OIC perlu diperkasa bagi lindungi hak umat Islam

SHAH ALAM 20 Dis – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu diperkasakan supaya mampu menjadi sebuah pertubuhan yang digeruni oleh semua pihak bagi melindungi hak, kepentingan dan keselamatan umat Islam di seluruh dunia. Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, perkara itu boleh dilaksanakan […]

Perhimpunan selamatkan Baitulmaqdis Jumaat ini

KUALA LUMPUR 20 Dis – Rakyat Malaysia yang mahu menzahirkan ketulusan mereka membantu penduduk Palestin diundang menyertai perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis, di Putrajaya Jumaat ini, dengan memakai baju putih. Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, berkata tidak kurang daripada 10,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli parti politik akan menyertai […]