Home » Langit Terbuka » Parti gay, Republik Indonesia penjarakan 10 orang

Parti gay, Republik Indonesia penjarakan 10 orang

Jakarta, Indonesia 20 Dis – Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap 10 lelaki yang dipercayai terlibat dalam “parti seks gay” di sebuah sauna di ibu kota republik sekular Indonesia, Jakarta.

Seramai 141 orang ditahan dalam serbuan di sebuah bangunan yang menempatkan sauna dan gim pada Mei lalu.

Memetik laporan yang disiarkan oleh Daily Mail UK, mereka yang tertuduh didapati bersalah kerana melanggar Undang-Undang Anti-Pornografi 2008.

“Kesemua tertuduh telah terbukti bersalah tanpa keraguan kerana berbogel dan pengeksploitasian seksual secara kolektif di depan khayalak ramai. Oleh itu, Mahkamah Jakarta Utara telah memerintah agar tertuduh membayar denda sebanyak satu bllion rupiah (RM 300,000),” menurut dokumen yang dibentangkan.

Perlakuan homoseksual dan hubungan sejenis adalah sah di sisi undang-undang di seluruh Indonesia kecuali di wilayah Autonomi Aceh.

Namun pihak polis masih boleh mengambil tindakan ke atas perbuatan tersebut kerana homoseksual masih merupakan satu kesalahan jenayah di bawah undang-undang anti-pornografi dan penyalahgunaan dadah. – MENARA

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *