Bangladesh sedia hantar pulang 100,000 pelarian Rohingya

COX’S BAZAR 30 Dis. – Bangladesh sudah bersedia untuk menghantar seramai 100,000 pelarian etnik Rohingya pulang semula ke Myanmar. Jurucakap kerajaan, Obaidul Quader berkata, senarai nama 100,000 pelarian itu sudah dihantar ke pihak berkuasa Myanmar hari ini dan proses penghantaran semula bagi fasa pertama akan dimulakan pada Januari depan. Dianggarkan lebih 655,000 etnik Rohingya melarikan […]

Bono U2 gesa Suu Kyi berundur

NEW YORK 30 Dis. –  Penyanyi utama kumpulan U2, Bono, penyokong utama Aung San Suu Kyi ketika beliau dikenakan tahanan rumah satu ketika dulu, menggesa pemimpin Myanmar itu meletak jawatan susulan kempen maut ke atas Muslim Rohingya. Penyanyi itu sebelum ini mengagungkan Suu Kyi menerusi lagu U2 pada 2000, ‘Walk On’, dengan meminta peminat memakai […]

Indonesia tambah polis pantau Daesh

JAKARTA 29 Dis – Pasukan polis antikeganasan Indonesia akan mendapat tambahan 600 kakitangan, tahun depan bagi memantau rangkaian Daesh dan memburu penyerang individu. Ratusan penyiasat dan kakitangan pengawasan akan menyertai pasukan sedia ada terdiri daripada 500 pegawai Densus 88, unit polis yang ditugaskan untuk merungkai rangkaian militan serta menggagalkan serangan. “Kami perlu lakukan ini untuk […]

Wanita keluar kata-kata kesat terhadap Mufti Perak

SEREMBAN 29 Dis. – “Mudah-mudahan ALLAH beri hidayah pada dia,” ujar Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad secara spontan. Reaksi itu diberikan beliau terhadap perlakuan seorang wanita Muslim yang dipercayai menghamburkan kata-kata kesat kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menerusi laman sosial Twitter sehingga menjadi tular. Difahamkan, wanita itu berang kerana ulama terbabit […]

Malaysia kutuk serangan kejam di Kabul

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam yang berlaku di Pusat Kebudayaan Syiah di Kabul, Afghanistan pada Khamis yang meragut sekurang-kurangnya 41 nyawa. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Kerajaan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab segera dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan. “Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan […]

MCCBCHST nafi konsep raja-raja bertunjang Islam – UMMAH

BANGI, 29 Dis. – Dakwaan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) bahawa Perlembagaan kononnya diasaskan atas prinsip sekular adalah tindakan biadab yang tidak bertanggungjawab, serta menafikan konsep kedaulatan Raja-Raja Melayu bertunjangkan Islam. Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berkata, Perlembagaan mempunyai karekter tersendiri yang mendukung kedaulatan berkonsepkan Raja-Raja […]

Hukum hudud: Kelantan tunggu lampu hijau – MB

KOTA BHARU29 Dis – Kerajaan Pas Kelantan sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015, atau hukum hudud dan kisas, sepenuhnya di negeri itu. Menurut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, pihaknya hanya menunggu “lampu hijau” selepas Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) bagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) […]

Jangan baca 21 buku lucah, tahyul dan liberal

KUALA LUMPUR 29 Dis. -Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap 21 penerbitan melalui Warta Kerajaan P.U (A) 391-401 bertarikh 19 Disember kerana boleh memudarat atau mengelirukan pembaca terutama generasi muda. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, Warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta […]

Pesanan kepada para pemimpin

Al-Ghazali pernah mengingatkan bahawa seseorang pemimpin perlu mendahulukan rakyatnya daripada kesenangan peribadi. Maka kerana itulah Islam terus menegah seseorang pemimpin daripada melakukan sesuatu yang di luar batasan. Apabila ada pemimpin sanggup menerima pemberian dalam bentuk tajaan mengerjakan haji, ia bukan boleh dianggap sebagai ibadah sebenarnya. Meskipun seseorang yang mampu diwajibkan mengerjakan haji, kewajipan itu hanyalah […]

Bolehkah umur dipanjangkan?

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang ingin dipanjangkan umur dan diluaskan rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada kedua orang tuanya serta menyambung silaturahim.” (HR Ahmad bin Hambal) Perihal umur sangat menarik diperkatakan sementelah hal ini juga selalu diucapkan sama ada dalam doa mahupun harapan seseorang. Namun persoalannya adakah umur seseorang boleh dipanjangkan? “Dan tidak dipanjangkan umur seseorang […]