Home » Langit Terbuka » Indonesia tambah polis pantau Daesh

Indonesia tambah polis pantau Daesh

JAKARTA 29 Dis – Pasukan polis antikeganasan Indonesia akan mendapat tambahan 600 kakitangan, tahun depan bagi memantau rangkaian Daesh dan memburu penyerang individu.

Ratusan penyiasat dan kakitangan pengawasan akan menyertai pasukan sedia ada terdiri daripada 500 pegawai Densus 88, unit polis yang ditugaskan untuk merungkai rangkaian militan serta menggagalkan serangan.

“Kami perlu lakukan ini untuk memantau rangkaian pengganas sejak Daesh berakar umbi di Indonesia dan Asia Tenggara.

“Ia berikutan peningkatan aktiviti ‘serangan bersendirian’ dan dinamik rangkaian Daesh di seluruh dunia,” kata Ketua Polis Nasional, Tito Karnavian kepada Reuters.

Indonesia menyaksikan kemunculan semula militan tempatan sejak beberapa tahun lalu, sebahagian besarnya didorong Daesh.

Tito yang juga bekas ketua unit antikeganasan berkata, kakitangan tambahan akan dikerah ke wilayah tertentu, yang disyaki ada rangkaian Daesh.

Pasukan antikeganasan ditubuhkan pada 2003, selepas serangan bom di Bali pada 2002 yang meragut lebih 200 nyawa. – REUTERS

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *