Serangan ganas gempar Kabul, 41 maut

KABUL 28 Dis- Sekurang-kurangnya 41 mati dalam serangan berani mati di pusat kebudayaan Syiah. Memetik laporan indipendent.co.uk, seramai 30 lagi dilaporkan cedera dalam letupan yang berlaku hari ini. Serangan itu berlaku semasa satu perbincangan antara panel diadakan bersempena ulang tahun ke-38 pencerobohan Soviet ke Afghanistan di Pusat Sosial dan Kebudayaan Tibian. Menurut saksi, kebanyakan mangsa […]

India lulus rang undang-undang haramkan perceraian segera

NEW DELHI 29 Dis –  Dewan Rendah India meluluskan rang undang-undang mengharamkan penceraian segera menerusi kaedah talaq berganda yang diamalkan orang Islam, dan mereka yang melakukan kesalahan itu berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun. Rang undang-undang ini diluluskan selepas Mahkamah Agung India, memutuskan amalan penduduk Islam yang menceraikan isteri dengan kaedah itu tidak mengikut perlembagaan. […]

Rejim Zionis mula lancar perang psikologi

BAITULMUQADDIS 28 Dis. – Selepas ditawar sebuah kawasan pinggir bandar iaitu di Abu Dis sebagai ibu negara alternatif oleh Amerika Syarikat (AS), penduduk Palestin terus ‘dihidangkan’ dengan serangan psikologi yang ‘memualkan’ apabila rejim Zionis merancang untuk mengisytiharkan sebuah stesen kereta api di Baitulmuqaddis bersempena nama Donald Trump. Perkara itu sebagai menghargai ‘jasa’ Presiden AS itu […]

Buku Zaid Ibrahim, Benz Ali diharamkan

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku pemimpin DAP Datuk Zaid Ibrahim dan aktivis sosial Benz Ali. Pengharaman `Assalamualaikum: Observations on the Islamisation of Malaysia’ karya bekas menteri itu diwartakan pada 19 Disember lalu. Begitu juga buku `Antithesis’ aktivis tersebut, ia diwartakan pada tarikh yang sama setelah ditanda tangan Menteri Dalam Negeri […]

Hanya mufti boleh keluarkan fatwa

SHAH ALAM 28 Dis. – Hanya mufti boleh mengeluarkan sesuatu fatwa, tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Katanya, mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan sama ada penceramah agama mahu pun yang bergelar ustaz, ia hanyalah pandangan peribadi individu itu sendiri. “Apabila seseorang itu berceramah, mengeluarkan kenyataan tanpa disokong dengan nas al Quran atau hadis, itu […]

14 unit asrama pondok hangus

KOTA BHARU28 Dis. – Sebanyak 14 unit asrama Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir, di sini, hangus dalam kebakaran pada jam 7.45 malam tadi. Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Pondok yang menempatkan 24 pelajar, termasuk seorang warga emas itu hangus sekelip mata berikutan binaannya yang diperbuat daripada kayu. Kakitangan madrasah, Mohammad Hanif Mohd Razali, 28, […]

Malaysia akan mohon ekstradisi warga disyaki seludup senjata api di Pakistan

TEBEDU, 28 Dis –  Malaysia akan memohon lelaki yang ditahan disyaki menyeludup senjata api di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan, diesktradisi ke negara ini supaya siasatan dari aspek perundangan dan keselamatan dapat dilaksanakan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapat kerjasama Interpol untuk memperoleh maklumat terperinci […]

MAIPk kutip RM9 juta sumbangan wakaf

IPOH 28 Dis – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjaya mengutip RM9 juta sumbangan wakaf sejak Enakmen Wakaf (Perak) 2015 dikuatkuasakan tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Datuk Dr Amiruddin Muhamed berkata, jumlah itu termasuk RM5 juta yang disumbangkan Maybank Islamic dan RM500,000 oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri. Menurutnya, hasil sumbangan itu […]

Manna – Makanan terbaik hadiah dari-Nya

Allah SWT berfirman: “Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri sendiri” (al-Baqarah:57). […]

Pendekatan hikmah dalam menangani ateis

Oleh AMIN FADLILLAH “Gott ist tot” atau Tuhan sudah mati!! Begitulah pekikan Friedrich Nietzsche, seorang ahli falsafah terkenal Jerman pada akhir abad ke-19. Ungkapan meroyan ini dicetuskan ketika beliau dilihat amat kecewa dan putus asa dengan persekitarannya atau lebih tepatnya masyarakat Barat yang mengalami zaman kegelapan, kemunduran dan tidak berkembang mendepani cabaran zaman. Dengan semberono […]