Adi Putra puji JAWI

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra memuji Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang cekap dalam melaksanakan proses-proses perkahwinan ketika mengurus perkahwinan semulanya. Dalam status laman Instagram miliknya beliau berkata, urusan berkenaan begitu mudah termasuk pendaftaran secara online, pemberitahuan untuk mengambil sijil nikah dan pengeluaran kad perkahwinan. Pelakon Datuk Adi Putra […]

Tiga kecenderungan fahaman Syiah di dunia

FAHAMAN Syiah telah ditafsirkan oleh ahli sunnah wal-jamaah sebagai fahaman yang merbahaya dan tidak berdiri atas landas agama Islam yang sebenar seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan empat mazhab muktabar. Fahaman Syiah di dunia hari ini mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada banyak kelompok tetapi majoritinya adalah tiga kelompok besar iaitu Syiah […]

21 rakyat Palestin terkorban sejak Trump iktiraf Baitulmaqdis milik Israel

NABLUS 7 Feb. – Sekurang-kurangnya 21 orang rakyat Palestin gugur di muncung senjata rejim Zionis sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. Terbaharu Khalaed Tayeh, remaja 19 tahun yang meninggal dunia selepas bertempur dengan tentera Yahudi di Tebing Barat pada Rabu. Kejadian berlaku ketika tentera rejim menyerbu kediaman penduduk […]

Terimalah Hakikatnya…

Oleh WARTAWAN DAKWAH Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diserang lagi. Kali ini, oleh Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan badan penyelaras agama Islam itu tidak berperlembagaan dan hanya memenuhi aspirasi politik pihak berkepentingan. Terdahulu, Jakim disarankan agar dimansuhkan kerana dikatakan mencampuri urusan hidup rakyat. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Tawfiq Ismail, anak […]

Wanita buta muncul johan qariah

KEMAMAN 7 Feb. – Kemerduan suara yang dimiliki memberi tuah kepada seorang wanita cacat penglihatan apabila muncul johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kemaman. Dengan markah 84.5 peratus yang diperolehi, Afzam Mustafa, 38, dari Taman Wan Adnan Kerteh, di sini, membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil penghargaan. Afzam yang juga penyanyi tidak menolak […]

‘Paderi bawa anak peluk Islam…’

KANGAR 7 Feb. – “Hari ini (semalam) seorang paderi, dari sebuah negeri datang ke pejabat saya. Dia membawa anaknya untuk menganut Islam di Perlis,” kongsi Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin. Perkongsian Asri yang dimuatnaik di Facebooknya itu, menceritakan bagaimana beliau kagum dengan tindakan berkenaan. “Saya melahirkan rasa kagum dengan sikapnya. Dia memberitahu saya “I […]

‘Berita palsu gerakan terancang’

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Gerakan terancang dengan menyuntik kebencian dan cubaan mencetuskan rusuhan menerusi media sosial dikesan semakin menular di seluruh dunia. Agenda berniat jahat yang dipercayai didalangi kumpulan tertentu itu, sekali gus menuntut usaha kerajaan Malaysia menggubal akta menangani berita palsu secepat mungkin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, […]

‘Penggunaan ‘bin Abdullah’ tindakan munasabah JPN’

PUTRAJAYA 7 Feb. – Mahkamah Persekutuan hari ini, diberitahu yang Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan yang munasabah ketika menggunakan ‘Abdullah’ bagi mendaftar nama dalam sijil kelahiran seorang kanak-kanak tidak sah taraf. Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan, berkata demikian ketika berhujah dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan semakan kehakiman pasangan […]

Ummah mahu semak semula keputusan

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bercadang memohon semakan semula terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes penukaran agama tiga anak guru tadika, M. Indira Gandhi. Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya berkata, gabungan pertubuhan bukan kerajaan itu telah pun membincangkan mengenai perancangan tersebut dengan peguam. “Kami akan memohon untuk membuat semakan semula terhadap […]

SM Imtiaz Kuala Terengganu raih kejayaan di Bangkok

KUALA TERENGGANU 7 Feb. – Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kuala Terengganu di sini terus mencipta nama di persada antarabangsa apabila meraih pingat emas dalam Ekspo Harta Intelek, Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (IPITEx) 2018 di Bangkok, yang berakhir semalam. Pasukan sekolah itu diwakili oleh Muhammad Khairul Naim Rosland, Siti Nur Maisarah Mohd. Osman dan […]