Home » Langit Terbuka » Adi Putra puji JAWI

Adi Putra puji JAWI

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra memuji Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang cekap dalam melaksanakan proses-proses perkahwinan ketika mengurus perkahwinan semulanya.

Dalam status laman Instagram miliknya beliau berkata, urusan berkenaan begitu mudah termasuk pendaftaran secara online, pemberitahuan untuk mengambil sijil nikah dan pengeluaran kad perkahwinan.

Pelakon Datuk Adi Putra dilaporkan, selamat bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 43, dalam satu majlis yang dilangsungkan di ibu negara pada 18 Januari lalu.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 37, memuat naik gambar kad status perkahwinannya dalam laman Instagram dan turut menyatakan kesyukurannya kerana urusan berkenaan dipermudahkan.

Adi dan Aida berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata dan telah mengambil seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

Pelakon itu kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila bernikah kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.

Walau bagaimanapun, menerusi satu status laman Instagram pada 23 Mac tahun lalu, pelakon KL Gangster itu memberitahu dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya.

Beliau difahamkan memfailkan perceraian dengan Aida di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac tahun lalu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *