Home » Langit Terbuka » 21 rakyat Palestin terkorban sejak Trump iktiraf Baitulmaqdis milik Israel

21 rakyat Palestin terkorban sejak Trump iktiraf Baitulmaqdis milik Israel

Tentera Zionis menindas rakyat Palestin dan pengumuman Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel meningkatkan lagi ketegangan. Foto :  https://www.aljazeera.com

NABLUS 7 Feb. – Sekurang-kurangnya 21 orang rakyat Palestin gugur di muncung senjata rejim Zionis sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Terbaharu Khalaed Tayeh, remaja 19 tahun yang meninggal dunia selepas bertempur dengan tentera Yahudi di Tebing Barat pada Rabu.

Kejadian berlaku ketika tentera rejim menyerbu kediaman penduduk Palestin bagi mencari suspek yang menikam mati seorang lelaki Israel di sebuah perhentian bas tidak jauh dari pintu masuk penempatan di Ariel.

Ratusan penduduk Palestin di Nablus menghadiri majlis pengebuman remaja ini.

Trump pada 6 Disember 2017 dengan angkuh mengumumkan akan memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis selepas mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Israel.

Keputusan itu mengundang bantahan negara Islam malah perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 22 Disember mengisytihar keputusan AS itu sebagai tidak sah dan terbatal.- ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *