Suspek tipu umrah ditahan di IPD Sepang

KUANTAN 15 Feb. – Seorang lelaki yang dipercayai dalang kes penipuan pakej umrah yang dilakukan bersama suri rumah, Zaiton Man, atau lebih dikenali sebagai Kak Ton di Muadzam Shah, Rompin di sini, tahun lalu, ditahan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan di Ibu […]

Aida cipta sejarah pegawai memerintah kapal wanita pertama negara

KUANTAN, 15 Feb — Maritim Malaysia mencatat sejarah apabila Leftenan Maritim Aida Arzahri, 35, dilantik sebagai pegawai memerintah kapal kerajaan wanita pertama di Malaysia dan akan meneraju KM Nyalau yang berpangkalan di Lumut, Perak. Ia diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada Majlis Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia […]

Wakaf harta, tanah perlu didokumentasi

BAGAN DATUK 14 Feb.- Umat Islam yang mahu mewakafkan harta dan tanah masing-masing untuk tujuan tertentu diminta melakukan urusan dokumentasi terlebih dahulu mengikut perundangan negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut amat perlu dibuat bagi mengelakkan berlakunya sebarang tuntutan atau pertikaian daripada waris pemilik tanah terutama apabila mereka telah […]

Azmil Mustapha mahu buka pusat tahfiz

SHAH ALAM 14 Feb. – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri menyifatkan pelakon veteran dan pencera­mah bebas, Mohd. Azmil Mustapha Kamil, 65, yang kembali ke rahmatullah akibat masalah jantung hari ini merupakan seorang yang sentiasa komited dalam membangun serta menyebarkan syiar Islam di negara ini. Ketika ditemui di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah […]

“Saya dah dedah identiti sebenar kepada Jakim” – Sajat

PETALING JAYA 14 Feb –  Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman mendedahkan beliau telah memaklumkan mengenai identiti sebenar dirinya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pendedahan ini dibuat pada pertemuan pertama beliau dan kedua ibu bapanya dengan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof di Wisma […]

Siasat video klip Namewee – Kamarudin

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat video klip penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee yang dikatakan mengandungi aksi lucah tarian sekumpulan penyanyi berdekatan Masjid Putrajaya. Pengerusi Aktivis Media Sosial, Kamarudin Ahmad berkata, perbuatan Namawee itu dilihat seolah-olah sengaja mempersenda umat Islam apabila memilih lokasi berhampiran masjid untuk merakamkan […]

Dia yang Dimakbulkan Doanya

Kasih ibu membawa ke syurga. Walau tidak dikurnia harta dunia, cukuplah hanya kasihnya ibu tercinta. Baginya, ibulah segala-galanya. Ibunya yang uzur lagi lumpuh ditatang ibarat minyak yang penuh. Kerjayanya sebagai gembala kambing tidak pernah menjadi halangan untuk berbakti kepada ibu. Segala permintaan sang ibu, diusahakan hingga dapat dipenuhi. Namun, permintaan ibu yang satu itu membuatkan […]

Buku Panduan Urusan Muamalah

Judul Buku: Celik Muamalah: Hukum\Harta/Riba\Hutang\Pengurusan Kewangan\Pelaburan\Insurans\Wakaf Penulis: Abdul Aziz Ismail Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Tahun: 2018 Muka surat: 308 halaman No. ISBN: 978-967- 5128-46- 2 Pengulas SHAHAROM TM SULAIMAN   Pelbagai persoalan berkaitan urusan muamalah sentiasa timbul di tengah-tengah masyarakat Muslim bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dalam kehidupan manusia. Akibat daripada perubahan zaman, kecanggihan […]

Ibu Malaysia

Selepas berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Ibu Mithali, YADIM telah mengambil langkah untuk menganjurkan Anugerah Ibu Malaysia sebagai suatu langkah bagi mengeratkan lagi perpaduan di antara berbilang kaum di negara ini. Berbeza dengan Anugerah Ibu Mithali yang dikhususkan untuk ibu-ibu Muslim, Anugerah Ibu Malaysia pula terbuka kepada semua ibu warga negara Malaysia tanpa mengira kaum, agama, […]

Jutawan wakafkan semua harta

BELIAU berjaya mencipta kejayaan di pelbagai bidang, termasuklah pembuatan dan import eksport, perniagaan barangan kulit, perabot, pakaian, barangan saintifik, jentera, haiwan ternakan dan banyak lagi. Perniagaannya bercawangan sehingga ke London, Australia dan seluruh Indonesia dengan rangkaian perniagaannya menjana jutaan ringgit. Acap kali kisahnya tersiar di dada akhbar, majalah, corong radio dan kaca televisyen sebagai usahawan […]