Home » Langit Terbuka » Siasat video klip Namewee – Kamarudin

Siasat video klip Namewee – Kamarudin

Video Namewee didakwa mengandungi aksi tarian lucah berhampiran Masjid Putrajaya.

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat video klip penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee yang dikatakan mengandungi aksi lucah tarian sekumpulan penyanyi berdekatan Masjid Putrajaya.

Pengerusi Aktivis Media Sosial, Kamarudin Ahmad berkata, perbuatan Namawee itu dilihat seolah-olah sengaja mempersenda umat Islam apabila memilih lokasi berhampiran masjid untuk merakamkan video klip tersebut.

“Sebarang perbuatan jelik di laman internet boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Oleh itu SKMM sewajarnya menyiasat­ perkara tersebut dan jika berlaku sebarang perlanggaran di bawah akta ini tindakan terhadap Namewee perlu diambil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rakaman video klip lagu Like A Dog yang tular di media sosial itu didakwa mengandungi aksi tarian lucah sekumpulan penari yang dirakamkan berhampiran Mas­jid Putrajaya.

Namewee sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan menghina seruan azan.

Menurut Kamarudin, tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil memandangkan perbuatan menghina agama Islam bukan pertama kali dilakukan oleh Namewee.

“Dia seolah-olah mahu menyakitkan hati umat Islam menerusi video tersebut,” katanya.- UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *