Home » Langit Terbuka » Aida cipta sejarah pegawai memerintah kapal wanita pertama negara

Aida cipta sejarah pegawai memerintah kapal wanita pertama negara

Leftenan Maritim Aida Arzahri menunjukkan surat perlantikan sebagai pegawai memerintah kapal wanita pertama negara. Foto : nst.com.my

KUANTAN, 15 Feb — Maritim Malaysia mencatat sejarah apabila Leftenan Maritim Aida Arzahri, 35, dilantik sebagai pegawai memerintah kapal kerajaan wanita pertama di Malaysia dan akan meneraju KM Nyalau yang berpangkalan di Lumut, Perak.

Ia diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada Majlis Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13 dan Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim dan Bintara Muda Maritim di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) hari ini.

Beliau mendedikasikan kejayaan itu kepada ibunya yang mendorong beliau meneruskan legasi arwah bapanya.

Aida, 35, berkata ibunya Hamiah Zain, 57, kerap memujuknya untuk menyertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) walaupun beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mempunyai pekerjaan yang stabil dalam bidang kewangan.

Anak kelahiran Perlis itu berkata arwah bapanya Arzahari Sudin merupakan pegawai waran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal dunia pada 13 Jan 2007 akibat serangan jantung pada usia 49 tahun.

“Apabila saya rasa mahu berputus asa semasa latihan, saya akan ingat semula cabaran yang diberikan ibu dan pesanan arwah ayah supaya saya menjadi yang terbaik daripada yang hebat,” katanya.

Aida berkata demikian kepada pemberita selepas menerima watikah lantikannya daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada Sambutan Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13 dan Perbarisan Tamat Latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini, hari ini.-BERNAMA

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *