Home » Ensiklopedia » Ibu Malaysia

Ibu Malaysia

Pengorbanan sepuluh orang ibu dalam membesar dan mendidik anak mereka mendapat pengiktirafan apabila mereka menerima Anugerah Ibu Malaysia 2008 daripada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dalam majlis yang diadakan penuh gilang-gemilang pada 10 Jun 2008

Selepas berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Ibu Mithali, YADIM telah mengambil langkah untuk menganjurkan Anugerah Ibu Malaysia sebagai suatu langkah bagi mengeratkan lagi perpaduan di antara berbilang kaum di negara ini. Berbeza dengan Anugerah Ibu Mithali yang dikhususkan untuk ibu-ibu Muslim, Anugerah Ibu Malaysia pula terbuka kepada semua ibu warga negara Malaysia tanpa mengira kaum, agama, latar belakang dan budaya. Kriteria pencalonan juga berbeza apabila ia turut mengambil kira sumbangan calon-calon kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

Selain mengenang jasa kaum ibu, YADIM berpendapat anugerah ini juga bertujuan mengimbangi begitu banyak program dan anugerah hiburan yang terdapat di negara ini. Sebanyak tiga kategori telah disediakan iaitu Anugerah Khas Juri (dua penerima), Anugerah Ibu Cemerlang (lima penerima) dan Anugerah Ibu Gemilang (tiga penerima).

Pengorbanan sepuluh orang ibu dalam membesar dan mendidik anak mereka mendapat pengiktirafan apabila mereka menerima Anugerah Ibu Malaysia 2008 daripada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dalam majlis yang diadakan penuh gilang-gemilang pada 10 Jun 2008. Tiga penerima Anugerah Ibu Gemilang ialah Lim Sai Khim, dari Kuala Lumpur; Anis Abdullah, dari Johor Bahru dan Zaharah Mahmoodin, dari Perak. Sajarah Latip, dari Sarawak; Ruminah Nodo @ Haji Mustaffa, Johor Bahru; Prito Kaur @ Habibah Abdullah, dan Raseni Suparno kedua-duanya dari Sabah serta Alice Santha Abishegam, dari Kuala Lumpur menerima Anugerah Ibu Cemerlang. Anugerah Khas Juri dimenangi oleh Dayang Rakiah Abang Ali, dari Sarawak dan Lam Boon Lun @ Dr. Helen Gan, dari Kuala Lumpur. – ABABIL

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *