Tegas didik 13 anak hingga berjaya

PUTRAJAYA: Hidup serba kekurangan dengan sumber pendapatan sebagai buruh, tidak menghalang Razali Awang dan isteri, Esah Abdullah, memberikan pendidikan terbaik kepada 13 anak mereka. Bersandarkan ketinggian semangat itu, kedua-duanya ketika masih muda dan bertenaga turut melakukan pelbagai kerja lain seperti menjual kuih bakar, nasi lemak serta makanan ringan secara kecil-kecilan, demi menambah pendapatan membiayai persekolahan […]

Surat terbuka Mufti WP buat Neelofa

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menulis surat terbuka menerusi laman Web rasminya berhubung majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran pengacara dan pelakon Neelofa di pusat hiburan di Kuala Lumpur, semalam. “Assalamualaikum WBT. Kami menerima berita hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab […]

Bukan saja Neelofa, pengunjung juga perlu bertaubat – Mufti Perak

PETALING JAYA: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan selebriti, Neelofa supaya bertaubat susulan tindakannya menganjurkan majlis pelancaran tudung di sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara pada Isnin. Malah Harussani turut menasihatkan semua pengunjung beragama Islam yang hadir pada majlis itu untuk sama-sama bertaubat kerana mendekati tempat maksiat. “Kalau dah tempat tu ada tari-menari […]

Blogger akui lalai dibuai muzik kelab malam pada pelancaran Be Lofa

PETALING JAYA: Aksi wanita bertudung yang menari secara aksi menghairahkan pada majlis pelancaran koleksi hijab terbaharu, Be Lofa menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen sehingga membuatkan nama seorang blogger hangat diperkatakan di media sosial. Akur tersilap langkah, personaliti Youtube, Nisa Kay tidak mahu menegakkan ‘benang basah’ dengan mempertahankan perlakuannya pada majlis pelancaran yang berlangsung pada […]

PERTAMA lapor Neelofa kepada JAWI

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, hari ini, berhubung kontroversi pelancaran hijab oleh selebriti Neelofa yang dianjurkan di sebuah kelab malam itu. Setiausahanya, Sheikh Abd Kareem Sheikh Kadaeid, berkata laporan itu dibuat untuk menyelamatkan maruah Islam yang tercemar. Beliau berkata, ini kerana Neelofa […]

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan empat individu tukar agama

KUCHING – Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan empat individu yang mahu murtad. Keputusan itu dibuat lima hakim terdiri daripada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan. Empat individu itu yang diwakili peguam Joshua Baru berkata, langkah seterusnya bergantung kepada perayu-perayu […]

Pernah dilabel negatif, kini #QuranHour sasar 1 bilion tontonan

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Untuk menganjurkan sesuatu program yang berimpak tinggi pasti berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Cabarannya pasti tidak lari daripada kecaman orang ramai terutama pengguna media sosial semata-mata untuk meraih perhatian. Menurut pengasas World Quran Hour (WQH), Datuk Hussamuddin Yaacob, hal itu memang lumrah dalam penganjuran program berimpak tinggi, namun menganggapnya […]

Jangan jadikan masjid gelanggang politik

LIPIS 27 Feb. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengulangi peringatan supaya semua masjid di negeri ini tidak dijadikan gelanggang politik khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Baginda bertitah, sehubungan itu semua pihak khususnya imam yang telah membuat aku janji menjaga kesucian masjid perlu memastikannya bebas daripada unsur politik. “Bagi imam-imam […]

Ujian air kencing syarat mahu kahwin

ACEH BESAR – Pemerintah Kabupaten Aceh Besar merancang untuk mengenakan peraturan daerah (Perda) ujian air kencing ke atas setiap pasangan yang mahu berkahwin untuk memastikan mereka bebas dadah. “Ia bakal dikenakan sebagai salah satu syarat buat pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan. Bagi melaksanakan peraturan tersebut setiap pasangan perlu melakukan koordinasi dengan Kementerian Agama. Bagaimana untuk […]

Rusia uji lebih 200 jenis senjata baru di Syria

RUSIA didakwa menguji lebih 200 jenis senjata baharu di Sy­ria dalam kempen ketenteraan sewaktu menyokong pemerintahan rejim Presiden Bashar al-Assad, kata seorang ahli politik kanan Rusia kelmarin. Kenyataan itu dibuat pada ketika Moscow dituduh menyertai serangan udara ke atas kumpulan pemberontak yang menguasai kawasan Ghouta Timur. “Pada ketika kami membantu rakyat Syria, kami menguji lebih […]