Home » Langit Terbuka » Mahkamah Persekutuan tolak rayuan empat individu tukar agama

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan empat individu tukar agama

Ratusan penyokong gembira selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan empat individu yang mahu murtad di Kompleks Mahkamah Kuching semalam

KUCHING – Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan empat individu yang mahu murtad.

Keputusan itu dibuat lima hakim terdiri daripada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan.

Empat individu itu yang diwakili peguam Joshua Baru berkata, langkah seterusnya bergantung kepada perayu-perayu itu untuk meneruskan rayuan ataupun tidak.

“Jika mereka mahu meneruskan kes itu, mereka perlu membawanya ke Mahkamah Syariah,” katanya di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Meskipun Mahkamah Syariah Negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk menukar status seseorang keluar daripada agama Islam, namun terdapat peruntukan di bawah Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS).

Tiga daripada perayu, Mohd. Syafiq Abdullah @ Tiong Choo Ting, Jenny Peter @ Nur Muzdhalifah Abdullah dan Salina Abdullah telah memeluk Islam untuk perkahwinan.

Bagaimanapun, Nur Muzdhalifah dan Salina kembali ke agama Kristian selepas masing-masing bercerai pada tahun 2006 dan 2010.

Mohd. Syafiq juga kembali kepada agama Kristian selepas isterinya meninggal dunia pada tahun 2007.

Sementara itu, kes keempat melibatkan Syarifah Nooraffyzza Wan Hose, yang dilahirkan sebagai Muslim murtad pada 2009. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *