SAF HSAH masak dan edar bubur lambuk

SUNGAI PETANI – Sukarelawan Al Falah (SAF) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dengan kerajasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program memasak bubur lambuk pada 31 Mei lalu bertempat di perkarangan hospital bereknaan. Program berkenaan biarpun ringkas, telah memberikan kesan yang positif kerana ia telah memberikan kegembiraan kepada orang ramai yang menerima […]

PH Mahu Kembalikan Urusan Islam Kepada Raja-raja Melayu

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Nasional (AMANAH), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, tegas dengan pendirian bahawa Pakatan Harapan (PH) mahu mengembalikan peranan Raja-raja Melayu sebagai penjaga kepentingan Islam dalam kerangka negara dan membebaskan Islam daripada dieksploitasi sebagai alat politik dan radikalisasi. Beliau berkata, ini kerana Raja-raja Melayu adalah institusi yang tidak mempunyai kepentingan […]

15 Pengganas Daesh Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sebanyak 15 individu termasuk seorang pelajar sekolah menengah yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengganas Daesh menerusi beberapa tangkapan berasingan di lima negeri pada 27 Mac hingga 9 Mei lalu. Kesemua suspek berusia 17 hingga 51 tahun itu ditahan oleh Bahagian Counter Terorism Cawangan Khas PDRM di Kuala […]

Sahur Futsal : Penyatuan Felo Muda Dakwah YADIM

PETALING JAYA – Setelah empat tahun penubuhannya, alumni Felo Muda Dakwah (FMD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengadakan pertemuan baru-baru ini, dengan menganjurkan program Sahur Futsal bertempat di City Sport Planet, Petaling Jaya, Selangor. Penyelaras FMD, Norizati Samsudin berkata, seramai 50 alumni FMD yang menganggotai Pertubuhan Alumni Felo Muda Dakwah (PERFOMD) telah turut serta dalam […]

Tengku Abdullah Zahir Kebimbangan Harta Pusaka Umat Islam Terbiar

BERA – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad menzahirkan kebimbangan terhadap majoriti nilai harta pusaka milik umat Islam yang terbeku dan masih belum diwariskan berikutan masalah pengurusan harta pusaka. Tengku Abdullah bertitah baginda pernah membaca laporan akhbar yang menyatakan sejumlah RM66.6 bilion nilai harta pusaka di Malaysia masih terbuka dan belum diwariskan atau dituntut […]

Sistem Pendidikan Baharu Berpaksikan Teknologi Terkini

PUTRAJAYA – Sistem pendidikan baharu perlu berpaksikan kepada teknologi terkini selain mampu memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan bahasa ibunda.  Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sistem itu selari dengan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu mencapai status negara maju dengan memantapkan sistem pendidikan negara. “Saya cuba mewujudkan budaya pendidikan yang bersandarkan […]

Denmark Larang Pemakaian Niqab  

COPENHAGEN – Denmark mengenakan larangan pemakaian niqab di tempat awam, sekali gus menjadi negara terbaharu yang berbuat demikian selepas Perancis dan beberapa negara di Eropah. Parlimen Denmark mengundi undang-undang yang diusulkan oleh kerajaan yang menyatakan pemakaian niqab bertentangan dengan nilai rakyat negara ini. Namun, pembangkang menegaskan larangan itu yang berkuatkuasa pada 1 Ogos, telah melanggar […]

Perkampungan Ramadan : Talaqi Kitab, 3 hari 2 malam

  PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama-sama  Kekeluargaan Ulama Nusantara (KUN), Markaz al Jailani Malaysia , Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI)  dan Raudhah Tahfiz Al Qur’an , Hulu Langat telah menganjurkan Program Perkampungan Ramadhan :Talaqi Kitab. Program berkenaan telah diadakan pada 25 hingga 27 Mei lalu bertempat di Resort Rimba, Pangsun, Hulu […]

Ziarah Prihatin : Dakwah kepada pesakit

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan telah mengadakan program Ziarah Prihatin ke Hospital Kelaboran baru-baru ini, bertujuan memberikan sumbangan kepada para pesakit serta menyampaikan risalah-risalah dakwah. Pengarah YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, usaha yang diadakan itu adalah bagi mendekati para pesakit di hospital berkenaan sambil melaksanakan dakwah kepada mereka. “Fokus […]

Ziarah Ramadan : Usaha mendekati masyarakat

KOTA KINABALU : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah meneruskan usaha mendekati masyarakat dari pelbagai lapisan dalam usaha menyampaikan dakwah secara efektif, kata Pengarahnya, Samin Ongki. Beliau berkata, YADIM Zon Sabah berusaha mendekati masyarakat dari pelbagai lapisan menggunakan pelbagai kaedah termasuk dengan mengadakan program ziarah ke kampung-kampung untuk mengadakan program dan beramah-mesra dengan para […]