Home » Langit Terbuka » Denmark Larang Pemakaian Niqab  

Denmark Larang Pemakaian Niqab  

Wanita yang memakai niqab keluar dari dewan apabila Parliment Denmark membuat keputusan melarang wanita memakai penutup muka di tempat awam

COPENHAGEN – Denmark mengenakan larangan pemakaian niqab di tempat awam, sekali gus menjadi negara terbaharu yang berbuat demikian selepas Perancis dan beberapa negara di Eropah.

Parlimen Denmark mengundi undang-undang yang diusulkan oleh kerajaan yang menyatakan pemakaian niqab bertentangan dengan nilai rakyat negara ini.

Namun, pembangkang menegaskan larangan itu yang berkuatkuasa pada 1 Ogos, telah melanggar hak berpakaian wanita.

Menteri Kehakiman, Soren Pape Poulsen berkata, sekiranya ada yang ingkar, mereka akan dikenakan denda dan disuruh untuk pulang ke rumah. – REUTERS

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *