Kerajaan Teliti Cadangan Mansuh AP – Saifuddin

KULIM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang meneliti cadangan sesetengah pihak yang mencadangkan agar Permit Import (AP) dimansuhkan bagi membolehkan harga barangan diturunkan. Menterinya, Datuk Shaifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memerlukan ruang dan masa bagi mengkaji perkara tersebut selain mengambil maklum balas daripada pemain industri. “Sama ada amalan memansuhkan AP boleh […]

Kerajaan Akan Bertemu Ulama, Cendekiawan Untuk Mantapkan Islam

PARIT BUNTAR – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan para ulama dan cendekiawan Islam termasuk pentadbir agama Islam dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas mengenai hal ehwal Islam di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata antara yang akan dibincangkan ialah berkaitan institusi pentadbiran Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam […]

GPMS Desak Hakim Guna Bahasa Melayu di Mahkamah

KUALA TERENGGANU – Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan hari ini kesal dengan peguam negara membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam perbicaraan di mahkamah, seolah-olah pencabulan terhadap kedaulatan bahasa rasmi negara. Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, justeru itu pihaknya mendesak semua hakim mempertimbangkan untuk menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam prosiding di […]

55.2 Peratus Pesalah Rasuah Adalah Belia

KUALA LUMPUR – Lebih separuh daripada pesalah rasuah di negara ini adalah dalam kalangan belia. Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam tempoh dari 2013 hingga Mei lalu, sebanyak 2,238 atau mewakili 55.2 peratus pesalah rasuah terdiri daripada golongan berkenaan. “Perkara ini amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan pemimpin negara […]

Jangkaan Suhu Panas Menanti Jemaah Haji.

SEPANG – Jangkaan cuaca panas di Arab Saudi dengan suhu mencecah 50 darjah Celsius antara cabaran yang perlu ditempuhi 30,200 jemaah haji Malaysia pada musim haji tahun ini. Oleh itu, jemaah haji disaran agar sentiasa mengikut nasihat petugas perubatan Lembaga Tabung Haji (TH), kata.Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul […]

Isu LGBT: Tiada Tindakan Jika Tak Lakukan Jenayah

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sekiranya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah. Memetik laporan Malaysiakini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan setiap warganegara Malaysia mempunyai hak masing-masing. Justeru, beliau berpendapat warganegara tidak kira sama ada mereka […]

Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan – TPM

KUALA LUMPUR – Kerajaan sekali lagi menegaskan komitmennya untuk menaikkan had umur perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun bagi lelaki dan perempuan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ia susulan kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang tidak akan menyokong usul kerajaan untuk menyeragamkan proses tapisan perkahwinan membabitkan kanak-kanak bawah umur. Timbalan […]

Fuziah Sedia Bertemu Nur Sajat, Safiey Llias

KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh bersedia menemui dua usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan menghadapi konflik identiti diri bagi membantu mereka kembali kepada fitrah. Fuziah yang mempunyai latar belakang dalam bidang kauseling berkata konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci […]