Home » Langit Terbuka » 55.2 Peratus Pesalah Rasuah Adalah Belia

55.2 Peratus Pesalah Rasuah Adalah Belia

Perkara ini amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR – Lebih separuh daripada pesalah rasuah di negara ini adalah dalam kalangan belia.

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam tempoh dari 2013 hingga Mei lalu, sebanyak 2,238 atau mewakili 55.2 peratus pesalah rasuah terdiri daripada golongan berkenaan.

“Perkara ini amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, saya diberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa statistik tersebut menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup program Walk Stop Talk: Six Hours Quater Millions Messages di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Wilayah, Khalid Samad; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dan Datuk Bandar, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/55-2-peratus-pesalah-rasuah-adalah-belia-1.704730#ixzz5KYqjr0Nb

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *