Home » Langit Terbuka » Fuziah Sedia Bertemu Nur Sajat, Safiey Llias

Fuziah Sedia Bertemu Nur Sajat, Safiey Llias

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh

KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh bersedia menemui dua usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan menghadapi konflik identiti diri bagi membantu mereka kembali kepada fitrah.

Fuziah yang mempunyai latar belakang dalam bidang kauseling berkata konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.

Fuziah Salleh berkata, apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah yang perlu diambil bukan dengan cara menghukum.

Nur Sajat dan Safiey Ilias yang merupakan usahawan terkenal dipercayai menghadapi konflik identiti diri dan saling menyindir antara satu sama lain di laman sosial masing-masing.

Fuziah menambah pengalamannya sendiri pernah menyaksikan golongan lelaki yang menyerupai wanita kembali kepada fitrah apabila didekati secara berhemah. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1478100

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *