Home » Langit Terbuka » Jangkaan Suhu Panas Menanti Jemaah Haji.

Jangkaan Suhu Panas Menanti Jemaah Haji.

Jemaah disaran ikut nasihat petugas Tabung Haji

SEPANG – Jangkaan cuaca panas di Arab Saudi dengan suhu mencecah 50 darjah Celsius antara cabaran yang perlu ditempuhi 30,200 jemaah haji Malaysia pada musim haji tahun ini.

Oleh itu, jemaah haji disaran agar sentiasa mengikut nasihat petugas perubatan Lembaga Tabung Haji (TH), kata.Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman selepas melepaskan kumpulan kedua petugas haji ke tanah suci di Kompleks TH di sini hari ini.

“Berbanding suhu di Malaysia 36 atau 34 darjah Celsius, ini satu cabaran yang besar kepada jemaah. Malah TH telah memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada jemaah semasa kursus haji supaya lebih bersedia menghadapi suasana cuaca panas dengan menjaga kesihatan dan tidak terdedah kepada cuaca panas,” katanya.

Beliau, yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia, berkata 141 petugas haji terdiri daripada 62 petugas kebajikan, 63 petugas perubatan dan 16 petugas media berlepas ke tanah suci melalui penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) pada pukul 2.45 petang ini.

Syed Saleh berkata kumpulan itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 600 petugas, dengan kumpulan pertama melibatkan 13 petugas teknologi maklumat berlepas pada 2 Julai lepas, manakala selebihnya berlepas pada 11 Julai ini. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1478207

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *