Harga PPR Dikaji Semula – Zuraida

KUALA LUMPUR – Harga kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dikaji semula, susulan perancangan menambah keluasan seunit daripada 600 kaki persegi kepada 900 kaki persegi. Pertambahan keluasan itu bakal menangani isu kesesakan dalam kalangan penghuninya. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata kajian semula harga rumah PPR perlu dibuat berikutan wujud implikasi kewangan dari […]

Kibar Jalur Gemilang, Pamer Semangat Baharu Sempena Bulan Kebangsaan

PUTRAJAYA – Seluruh rakyat Malaysia diseru mempamerkan semangat cintakan negara bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan serta kediaman masing-masing. Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata semangat patriotik itu wajar ditonjol sesuai dengan kebangkitan semangat rakyat melalui Malaysia baharu pimpinan kerajaan Pakatan Harapan. “Kita […]

Pengurus Jakel Didenda RM25,000 Ambil Pekerja PATI

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus sumber manusia pusat gedung tekstil terkenal, Jakel didenda RM25,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini atas 
tuduhan mengambil seorang pekerja wanita warga Indonesia yang tidak mempunyai pas yang sah. Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob […]

RUU SST ke Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR –  Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini. RUU SST akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak 1 April 2014 pada kadar enam peratus, ketika Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan. Kerajaan […]

Buat Semakan Untuk Elak Was-Was Status Sah Haji – TH

MAKKAH – Jemaah haji Malaysia digalakkan untuk membuat semakan dengan bahagian bimbingan Tabung Haji (TH) di sini sebelum pulang ke tanah air bagi mengelakkan mereka keliru dan was-was dengan status sah haji. Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji Tengku Aziz Raja Abdullah berkata terdapat banyak kes apabila jemaah haji, terutamanya yang telah lama pulang ke tanah […]

Malaysia Bimbang Keselamatan Mereka Atas Kapal Freedom Flotilla

KUALA LUMPUR – Malaysia amat bimbang terhadap keselamatan semua aktivis, termasuk Dr Mohd Afandi Salleh dari Humanitarian Care Malaysia (MyCare), selepas kapal Freedom Flotilla yang membawa bekalan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin di Gaza dipintas oleh tentera Israel pada Ahad (29 Julai). Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pihak berkuasa Israel perlu […]