Home » Langit Terbuka » Malaysia Bimbang Keselamatan Mereka Atas Kapal Freedom Flotilla

Malaysia Bimbang Keselamatan Mereka Atas Kapal Freedom Flotilla

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pihak berkuasa Israel perlu memastikan kebajikan dan keselamatan mereka di atas kapal tersebut "ll-Awda".

KUALA LUMPUR – Malaysia amat bimbang terhadap keselamatan semua aktivis, termasuk Dr Mohd Afandi Salleh dari Humanitarian Care Malaysia (MyCare), selepas kapal Freedom Flotilla yang membawa bekalan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin di Gaza dipintas oleh tentera Israel pada Ahad (29 Julai).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pihak berkuasa Israel perlu memastikan kebajikan dan keselamatan mereka di atas kapal tersebut “ll-Awda”.

Malaysia turut menggesa supaya mereka dibebaskan segera.

Menurut kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Kaherah sedang memantau keadaan dari dekat dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Palestin bagi mengusahakan pembebasan Dr Mohd Afandi.

Kapal tersebut yang melakukan misi damai di bawah Freedom Flotilla Coalition membawa 22 orang dari pelbagai negara.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa masyarakat antarabangsa menyertai Malaysia dalam mengutuk tindakan Israel dan menggesa dihentikan sekatan di Gaza.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sekatan di Gaza itu perlu dihentikan segera dan rakyat Palestin dibenarkan bergerak bebas – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1485010

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *