Home » Langit Terbuka » Pengurus Jakel Didenda RM25,000 Ambil Pekerja PATI

Pengurus Jakel Didenda RM25,000 Ambil Pekerja PATI

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob menjatuhkan hukuman itu ke atas Kamaruddin Su, 41, selepas tertuduh mengaku bersalah mengambil seorang pekerja, Sukiyati, 46, warga asing yang tidak memiliki pas sah untuk bekerja di Jakel Mall.

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus sumber manusia pusat gedung tekstil terkenal, Jakel didenda RM25,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini atas 
tuduhan mengambil seorang pekerja wanita warga Indonesia yang tidak mempunyai pas yang sah.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob menjatuhkan hukuman itu ke atas Kamaruddin Su, 41, selepas tertuduh mengaku bersalah mengambil seorang pekerja, Sukiyati, 46, warga asing yang tidak memiliki pas sah untuk bekerja di Jakel Mall, 159, Jakel Square, Jalan Mushi Abdullah, City Centre, di sini pada pukul 8 malam, 6 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen  55B (1) Akta Imigresen 1959/63 dibaca bersama Seksyen 55B(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap orang diambil pekerja.

Pada 6 Julai lalu, beberapa kawasan lokasi digempur Jabatan Imigresen dalam operasi yang diberi nama Op Mega 3.0 yang dijalankan di Jakel Mall, di Jakel Square, Jalan Munshi Abdullah di sini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang turut turun padang dalam operasi itu, bermula 1 Januari sehingga ke 6 Julai 2018 lalu, Jabatan Imigresen telah menjalankan sebanyak 7,477 operasi, memeriksa 91,650 warga asing serta menahan 22,126 PATI dan 585 majikan. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/pengurus-jakel-didenda-rm25-000-ambil-pekerja-pati-1.719805

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *