Dr. M ada misi jelas perkasakan Islam di Malaysia

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai misi yang jelas untuk memperkasakan pentadbiran Islam di Malaysia. Mufti Perlis Prof.Madya Datuk Dr, Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkata itu dinyatakan oleh Perdana Menteri pada majlis bersama ulama dan cendekiawan Muslim dari pelbagai pertubuhan di Putrajaya baru-baru ini. Mohd Asri berkata, berdasarkan kepada jaminan itu, beliau […]

Kongres Bumiputera akan diadakan dalam tempoh terdekat

KUALA LUMPUR –  Satu kongres masa depan Bumiputera dan negara akan diadakan dalam tempoh terdekat sejajar dengan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. “Kita akan mengumpulkan pakar ekonomi daripada pelbagai sektor untuk membincangkan langkah yang akan diambil bagi memperkukuh keadaan ekonomi Bumiputera,” katanya ketika menggulung perbahasan titah […]

MAIM akan mempromosikan perayaan Aidiladha

MELAKA – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan mempromosikan sambutan Hari Raya Aidiladha sebagai perayaan terbesar umat Islam selain Hari Raya Aidilfitri. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata,Hari Raya Aidiladha adalah perayaan istimewa umat Islam bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. menunaikan perintah Allah S.W.T. dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S. dalam memenuhi perintah Allah […]

Bengkel Solat dan Ziarah Kasih SAF Miri Sarawak

KUCHING – Biarpun menghadapi pelbagai cabaran terutama untuk sampai ke Kampung Tagageng, Suai, Sarawak, kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan ahli-ahli pasukan Sukarelawan Al-Falah tetap berjaya melaksanakan Bengkel dan Ziarah Kasih Sukarelawan Al-Falah pada 28 Julai. Program ziarah itu diketuai oleh Ketua pasukan Sukarelawan Al Falah Miri Sarawak, Syida Abdullah@ Payak Tuah dan Daei […]

Program Skor A anak-anak Flat Sri Pahang Bangsar

KUALA LUMPUR  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat telah menganjurkan program `Bengkel Skor A UPSR Anak – anak Flat PPR Sri Pahang Bangsar Kuala Lumpur’ pada 28 Julai. Eksekutif Kanan YADIM, Ustaz Muzammil Musbah selaku penyelaras program memaklumkan  program  itu telah adakan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang […]

Tolak sikap taksub

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mengingatkan masyarakat supaya menolak sikap taksub yang melampau sehingga Islam dipandang sebagai agama yang jumud dan susah. Titah baginda, umat Islam hendaklah mengamalkan ajaran Islam yang selari dengan akidah serta sahih dan syariat yang berpaksikan kepada sunnah nabi. Dalam masa sama, baginda juga menasihati semua rakyat Perlis […]

Pengajian kitab dalam perluasan dakwah

KUANTAN – Bukan mudah menggerakkan usaha dakwah yang murni, tambahan pula sebagai sebuah agensi dakwah yang membawa visi `Peneraju Dakwah Massa’ pastinya kepelbagaian pendekatan digunakan untuk mencapai visi tersebut. Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengatur pelbagai program dengan pelbagai pendekatan yang meliputi dakwah kontemporari, dakwah bil hal, dakwah penulisan  dan pelbagai lagi serta […]

YADIM Zon Sabah dan UCSF bakal berkolaborasi

KOTA KINABALU – Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah, Samin Ongki telah mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor University College Sabah Foundation (USCF), Dr Mohamed Haleem Mohamed Razi,   pada 27 Julai bagi membincangkan kolaborasi di antara kedua-dua pihak.. “Ini adalah usaha YADIM Zon Sabah untuk meneruskan perluasan dakwah dengan membina rangkaian strategik dan sebelum […]

YADIM Zon Sabah rancang kerjasama dengan Hotel Promenade

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Zon Sabah terus berusaha membuat beberapa hubungan strategik dengan beberapa agensi lain untuk kesinambungan perluasan dakwah di Sabah, kata Pengarahnya, Samin Ongki Beliau berkata, kolabrasi bakal tercipta dengan Hotel Promenade Kota Kinabalu melalui perbincangan yang telah diadakan dengan pihak pengurusan tersebut. “Ini bukan pertama kali YADIM Zon […]

Program gerak gempur al-Quran  YADIM Zon Sabah

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah bersama  Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah ( ITQAS)  dan Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran Sabah bermuafakat untuk melaksanakan usaha meningkatkan penguasaan al- Quran dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini. Sebagai permulaan, Sekolah Kebangsaan Bantayan, Tamparuli, Tuaran telah dipilih sebagai sekolah perintis bagi melaksanakan program berkenaan […]