Home » Langit Terbuka » Dr. M ada misi jelas perkasakan Islam di Malaysia

Dr. M ada misi jelas perkasakan Islam di Malaysia

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai misi yang jelas untuk memperkasakan pentadbiran Islam di Malaysia.

Mufti Perlis Prof.Madya Datuk Dr, Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkata itu dinyatakan oleh Perdana Menteri pada majlis bersama ulama dan cendekiawan Muslim dari pelbagai pertubuhan di Putrajaya baru-baru ini.

Mohd Asri berkata, berdasarkan kepada jaminan itu, beliau yakin Islam di Malaysia tidak terancam.

“Bahkan kedudukannya akan semakin diperkasakan dari semasa ke semasa,” kata Mohd Asri dalam catatannya di media sosial.

Bahkan kata beliau, berdasarkan respon daripada cendekiawan yang hadir, semuanya bersetuju bahawa inilah masanya semua pihak menyumbang tenaga dan upaya bagi menampilkan Malaysia sebagai negara Islam contoh.

Majlis yang berlansung pada 31 Julai itu dihadiri 45 orang ulama dan cendiakawan Muslim dari seluruh negara.

 

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/dr-m-ada-misi-jelas-perkasakan-islam-di-malaysia-1.721316#ixzz5N0hupNPk

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *