Home » Citra Yadim » YADIM Zon Sabah rancang kerjasama dengan Hotel Promenade

YADIM Zon Sabah rancang kerjasama dengan Hotel Promenade

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Zon Sabah terus berusaha membuat beberapa hubungan strategik dengan beberapa agensi lain untuk kesinambungan perluasan dakwah di Sabah, kata Pengarahnya, Samin Ongki

Beliau berkata, kolabrasi bakal tercipta dengan Hotel Promenade Kota Kinabalu melalui perbincangan yang telah diadakan dengan pihak pengurusan tersebut.

“Ini bukan pertama kali YADIM Zon Sabah menganjurkan kerjasama dengan pihak luar. Sebelum ini telah diadakan program `Kerjaya Bersama MASwings’ dan melalui kerjasama dengan pengendali hotel akan diadakan satu lagi program,’’ katanya.

Pertemuan telah diadakan di antara beliay dengan Pengurus Besar Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Wong Fook Loi @Hafizan.

“Pada dasarnya, kami bersetuju untuk menganjurkan program khidmat komuniti di lokasi terpilih. Saya juga berpeluang melawat surau hotel di tingkat dua hotel dan mendapati ia diurus dengan baik.’’ tambahnya.

Beliau yang mewakili YADIM  turut menyampaikan sumbangan bahan-bahan bacaan untuk surau Hotel Promenade.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *