Home » Langit Terbuka » MAIM akan mempromosikan perayaan Aidiladha

MAIM akan mempromosikan perayaan Aidiladha

Ketua Menteri Melaka berkata, usaha mempromosi Aidiladha dilaksanakan kerana terdapat kebimbangan dan kekhuatiran terhadap sambutan Hari Raya Aidiladha yang semakin pudar khususnya dalam kalangan generasi muda

MELAKA – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan mempromosikan sambutan Hari Raya Aidiladha sebagai perayaan terbesar umat Islam selain Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata,Hari Raya Aidiladha adalah perayaan istimewa umat Islam bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. menunaikan perintah Allah S.W.T. dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S. dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

“Usaha ini dilaksanakan kerana terdapat kebimbangan dan kekhuatiran terhadap sambutan Hari Raya Aidiladha yang semakin pudar khususnya dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar pra mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/maim-akan-mempromosikan-perayaan-aidiladha-1.721152#ixzz5N0J4PkCv

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *