Islam untuk semua, jangan ikut kaca mata Melayu sahaja

PUTRAJAYA – Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa penyataan Islam yang inklusif dan membidas acuan berasaskan kaum kerana ia menafikan sifat sejagat agama itu. Beliau bertegas Islam tidak boleh dilihat sebagai perlambangan kaum kerana ianya diturunkan untuk semua kaum dan bangsa. “Maka, adalah satu kezaliman bagi kita […]

Ibu kepada penyamun kedai dobi serah anaknya kepada polis

ALOR SETAR – Ibu kepada salah seorang lelaki yang menyamun di kedai dobi layan diri di Sungai Petani, di sini menyerahkan anaknya yang berusia 21 tahun itu kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Muda pada pukul 1.30 petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, […]

Penetapan fatwa perlu ikut acuan realiti masyarakat

PUTRAJAYA – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penentuan hukum fatwa di negara ini perlulah berdasarkan acuan kefahaman realiti masyarakat Malaysia. Titah baginda, hukum fatwa juga wajar melihat faktor kebudayaan, perubahan setempat dan zaman kerana tanpa melihatnya serta mengambil ‘bulat-bulat’ nas al-Quran dan al-Sunnah, ia tidak akan mencapai objektif sebenar syariat. Baginda […]

Pelbagai usaha Tabung Dana Dakwah

KUALA LUMPUR – Sebagai salah satu usaha mempelbagai dan meningkatkan kutipan Tabung Dana Dakwahnya,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus berusaha mempermudahkan cara sumbangan boleh dilaksanakan. Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM, Tuan Abi Said Al Khudri Hussin berkata, YADIM kini dalam peringkat awal perbincangan dengan sebuah institusi perbankan untuk membolehkan sumbangan diberikan menggunakan kaedah […]

YADIM adakan pertemuan dengan Setiausaha MAINS

SEREMBAN – Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Y.Brs Ustaz Mohd Zaidi Ramli, hari ini (12 September) telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Y.Bhg Datuk Kamal Amran Kamarudin. Pertemuan tersebut membincangkan aktiviti aktiviti dakwah yang boleh dilaksanakan YADIM di Negeri Sembilan. Antara perkara yang diketengahkan ialah mengenai Penggerak […]