Home » Citra Yadim » Pelbagai usaha Tabung Dana Dakwah

Pelbagai usaha Tabung Dana Dakwah

KUALA LUMPUR – Sebagai salah satu usaha mempelbagai dan meningkatkan kutipan Tabung Dana Dakwahnya,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus berusaha mempermudahkan cara sumbangan boleh dilaksanakan.

Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM, Tuan Abi Said Al Khudri Hussin berkata, YADIM kini dalam peringkat awal perbincangan dengan sebuah institusi perbankan untuk membolehkan sumbangan diberikan menggunakan kaedah Paywave dan Barcode.

“Usaha untuk menarik orang ramai menyumbang untuk tabung ini juga giat dipromosikan di media elektronik dan media sosial,”jelasnya. Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung dalam rancangan Assalammualaikum di Pusat Penyiaran Digital TV Hijrah di sini hari ini.

YADIM hari ini diberi peluang mempromosikan Tabung Dana Dakwahnya di Slot Assalammualaikum di TV Hijrah. Selain Abi Said, YADIM turut diwakili oleh Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangannya, Tuan Redhauddin Kamaruzzaman.

Dalam pada itu Redhauddin berkata program – program YADIM seperti bantuan kemanusiaan, sumbangan bencana alam, sesi pengisian ilmu dan sebagainya yang dijana menggunakan wang Tabung Dana Dakwah adalah selaras dengan surat ikatan pemegang amanah YADIM yang menyatakan peranan yayasan ini sebagai, “Bertanggungjawab melaksanakan program dakwah menerusi pendidikan, sosial, kebajikan dan sebagainya yang menepati kehendak ‘syarak”.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *