Isu ICERD: Ummah jumpa Mujahid Rabu ini

SHAH ALAM – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Rabu ini bagi membincangkan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, pihaknya menerima jemputan itu hari ini untuk mengadakan perbincangan yang dijadualkan berlangsung jam 8.00 […]

Dr. Siddiq Fadzil dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah USIM

SEREMBAN – Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2018, Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadzil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu. USIM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan untuk tempoh tiga tahun sehingga September 2021 telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek. Katanya, Dr. Siddiq adalah Pengerusi Lembaga […]

Kajian serap guru KAFA siap Mac

KUANTAN – Jumlah sebenar guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang bakal diserapkan ke jawatan tetap hanya akan diketahui selepas Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan kerajaan bagi memantau isu itu selesai melakukan kajian. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pasukan yang ditubuhkan pada Oktober lalu dijangka melengkapkan kajian mereka pada Mac […]