Home » Langit Terbuka » Kajian serap guru KAFA siap Mac

Kajian serap guru KAFA siap Mac

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, pasukan yang ditubuhkan pada Oktober lalu dijangka melengkapkan kajian mereka pada Mac tahun depan

KUANTAN – Jumlah sebenar guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang bakal diserapkan ke jawatan tetap hanya akan diketahui selepas Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan kerajaan bagi memantau isu itu selesai melakukan kajian.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pasukan yang ditubuhkan pada Oktober lalu dijangka melengkapkan kajian mereka pada Mac tahun depan.

“Kalau diikutkan pemben­tangan Belanjawan 2019 pada Jumaat lalu, memang tidak disebut me­ngenai jumlah guru KAFA yang bakal diserapkan ke jawatan tetap.

“Kita sedang kumpul sijil guru KAFA dan mereka juga telah diarahkan supaya mengemas kini sijil masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kayuhan Prihatian Wakaf dan Sumbangan Mesra Wakaf Prihatin di Dewan Orang Ramai Cherok Paloh di sini, hari ini.

Semalam, Menteri di Ja­batan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merancang menyerap 1,000 hingga 3,000 guru KAFA ke jawatan tetap sebagai langkah permulaan ke arah membela kebajikan golongan itu. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *