Mufti Kelantan tolak segala isi kandungan ICERD

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menolak sekeras-kerasnya segala isi kandungan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk diterima pakai di negara ini. Tegas beliau, realiti dan hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak bahawa amalan di negara ini ternyata berbeza dengan negara Barat. Malah, Mohamad Shukri menempelak sesetengah […]

KP SPRM malu mengaku rakyat Malaysia

PUTRAJAYA – Pelbagai skandal kleptokrasi yang melanda negara menyebabkan indeks persepsi rasuah (CPI) yang menunjukkan tren penurunan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull berkata, pada 2014 CPI negara mencatatkan 52 markah sahaja dan turun sehingga 47 tahun lalu. “Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk, ini adalah fakta,” katanya. […]

Hukuman mati 33 kesalahan dibawah lapan akta, dimansuhkan

KUALA LUMPUR – Kabinet telah memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, keputusan itu dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu. Kata beliau, akta tersebut terdiri daripada Kanun Keseksaan (Akta 574), […]

Sultan Selangor dukacita ada pemimpin Islam sokong liberal

SHAH ALAM  – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan rasa dukacita apabila ada segelintir pemimpin Islam di negara ini menyokong tuntutan golongan liberalisme. Baginda bertitah, fahaman liberalisme jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar dan boleh memesongkan akidah. Titah baginda, fahaman negatif itu sepatutnya perlu segera ditangani dan dibenteras hingga ke akar umbi dengan mencari […]

FMD sedia pengalaman sebenar berdakwah

KUALA LUMPUR – Program Felow Muda Dakwah (FMD), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini diteruskan dengan siri ke sembilan pengambilannya, yang bertujuan melahirkan golongan pelapis pendakwah muda. Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan YADIM, Tuan Redhauddin Kamaruzaman berkata, sebagai produk ikon kepada badan dakwah ini, FMD telah melahirkan 214 orang barisan pelapis pendakwah negara, sejak dimulakan […]