Home » Citra Yadim » FMD sedia pengalaman sebenar berdakwah

FMD sedia pengalaman sebenar berdakwah

KUALA LUMPUR – Program Felow Muda Dakwah (FMD), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini diteruskan dengan siri ke sembilan pengambilannya, yang bertujuan melahirkan golongan pelapis pendakwah muda.

Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan YADIM, Tuan Redhauddin Kamaruzaman berkata, sebagai produk ikon kepada badan dakwah ini, FMD telah melahirkan 214 orang barisan pelapis pendakwah negara, sejak dimulakan pada tahun 2014.

“FMD ini boleh dikatakan platform yang menyediakan pesertanya dengan cabaran dunia sebenar, sekiranya hendak berdakwah, justeru, pengisian atau modulnya diperincikan dengan begitu teliti, kerana kita mahu lahirkan mereka yang benar benar berkualiti, “   jelas beliau ketika diwawancara dalam rancangan Assalammualaikum di TV Al Hijrah hari ini (13 November).

Tambah beliau, keberkesanan FMD ternyata apabila beberapa bekas pesertanya, yang kini diambil bekerja di agensi kerajaan dan swasta menunjukkan kualiti diri dan kerja yang menonjol.

“Kalau boleh saya beri contoh, FMD yang kini bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik berjaya melaksanakan tugas dengan baik, kita yakin ini kerana mereka telah diberi pengisian serta fikrah yang betul, ini secara langsung membantu kerajaan dalam aspek memiliki sumber manusia yang berkemahiran dan berdaya saing tinggi, “jelasnya.

Penganjuran FMD tambah beliau dilaksanakan dengan melibatkan kerjasama agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, TV Al Hijrah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan lain lain lagi bagi menjamin keberkesanannya.

Sementara itu dalam rancangan yang sama, turut ditampilkan ialah Eksekutif Kanan YADIM merangkap Felo Muda Dakwah Siri 1/2014, En Mohamad Khamis Mohamad Sani, yang berkongsi pengalamannya sebagai seorang FMD.

Menurutnya, sepanjang berada dalam latihan FMD, beliau didedahkan dengan cabaran sebenar dunia dakwah.

“Berlatih sesuatu dengan hanya teori sangat berbeza dengan pengalaman sebenar berkecimpung dalam dunia dakwah, FMD menyediakan semua ini.

“Saya juga tidak melupakan pengalaman dapat bekerjasama dengan nama nama besar bidang dakwah, baik di negara ini atau peringkat antarabangsa, “ katanya.

Permohonan untuk pengambilan terkini YADIM kini dibuka hingga Tarikh tutupnya pada 30 November ini, syarat syarat serta maklumat lanjut boleh didapati di laman web YADIM di www.yadim.com.my atau layari media sosial YADIM, jelas Redhauddin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *