Home » Langit Terbuka » KP SPRM malu mengaku rakyat Malaysia

KP SPRM malu mengaku rakyat Malaysia

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata, pada 2014 CPI negara mencatatkan 52 markah sahaja dan turun sehingga 47 tahun lalu - Bernama

PUTRAJAYA – Pelbagai skandal kleptokrasi yang melanda negara menyebabkan indeks persepsi rasuah (CPI) yang menunjukkan tren penurunan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull berkata, pada 2014 CPI negara mencatatkan 52 markah sahaja dan turun sehingga 47 tahun lalu.

“Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk, ini adalah fakta,” katanya.

Menurutnya, Malaysia terkenal di mata dunia sebagai negara kleptokrasi, bukan negara integriti.

“Ini memang memalukan. Malah ketika saya pergi ke luar negara pada 2016, ada orang luar tengok saya rupa Asia dan bertanya saya dari negara mana, saya malu nak sebut Malaysia (kerana pandangan mereka terhadap negara kita), saya cakap saya orang Indonesia,” katanya ketika berucap sebagai panel dalam Forum Permuafakatan SPRM-KPM 2018 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini.

Berdasarkan CPI 2017 dikeluarkan TI Februari lalu mendapati Malaysia mencatat penurunan daripada kedudukan ke-55 kepada 62 daripada 180 negara.

Malaysia memperoleh markah 47 daripada 100 dalam ditetapkan TI.

Walaupun berada pada kedudukan ketiga dalam kalangan 10 negara ASEAN, ia masih jauh terkebelakang dari segi markah.

Sementara itu, Shukri dalam pada itu turut mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar rasuah dijadikan subjek wajib di sekolah.

Menurutnya, pertemuan telah diadakan bersama Menteri KPM, Maszlee Malik bagi membincangkan perkara tersebut.

Sikap bencikan rasuah perlu ditanam dalam diri di peringkat awal lagi bagi mengelak ia merebak mereka apabila dewasa kelak,” katanya.

Menurutnya, perilaku rasuah yang merebak di sekolah turut membabitkan guru dan pelajar. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *