Pelajar sekolah tahfiz terima sijil Kementerian Pendidikan

KUALA LUMPUR – Seramai 249 pelajar tiga sekolah menengah aliran agama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) bakal menerima sijil tahfiz daripada Kementerian Pendidikan bulan depan. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa pendidikan Islam, sijil itu akan memberi nilai tambah kepada pelajar di peringkat menengah rendah dan menengah atas […]

Fatwa berhubung Syiah kuasa negeri

PUTRAJAYA – Kuasa menyemak semula fatwa Syiah sebagai menyimpang daripada ajaran Islam tertakluk di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata Kerajaan Persekutuan hanya menegaskan berhubung Artikel 11 menyatakan mengenai kebebasan beragama dengan kaveat 11(4), tidak boleh promosi. “Berkenaan isu Syiah ini ada dua perkara, […]

Pemimpin tidak amanah sebabkan ummah sengsara

PUTRAJAYA – Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti akan mengakibatkan ummah berada dalam sengsara. Titah Sultan Nazrin, kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila pemimpin lebih mengutamakan agenda membina kekayaan material dengan mengambil dan menidakkan hak ummah secara tidak adil serta melalui kaedah yang meragukan. […]

Jangan layan permintaan batal fatwa Syiah

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membantah gesaan pihak tertentu supaya Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membatalkan fatwa Syiah sebagai menyimpang daripada ajaran Islam. Pengerusinya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan perlu bertegas dalam hal itu dan tidak perlu melayan permintaan karut sedemikian. “Semua pihak sepatutnya memahami dan menghormati asas masyarakat […]

Islam cara hidup lengkap buat umat:

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja satu agama tetapi juga merupakan cara hidup yang lengkap untuk umatnya. Beliau berkata, sememangnya umat Islam harus bersyukur kerana berpeluang menghayati kesyumulan atau sifat menyeluruh agama itu. “Kerana itu, kita memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW […]