Home » Langit Terbuka » Islam cara hidup lengkap buat umat:

Islam cara hidup lengkap buat umat:

Perdana Menteri berkata, umat Islam harus bersyukur kerana berpeluang menghayati kesyumulan atau sifat menyeluruh agama itu - YouTube

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja satu agama tetapi juga merupakan cara hidup yang lengkap untuk umatnya.

Beliau berkata, sememangnya umat Islam harus bersyukur kerana berpeluang menghayati kesyumulan atau sifat menyeluruh agama itu.

“Kerana itu, kita memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai penyataan kasih dan sanjungan tinggi kita terhadap Baginda atas perjuangannya dalam menyebarkan syiar Islam,” kata Dr Mahathir dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1440H.

Klip video perutusan perdana menteri itu dipaparkan di laman YouTube, Chedet Official.

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan diadakan hari ini (20 November) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tema sambutan tahun ini ialah ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat. – Ismaweb

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *