Multaqa Ilmuwan Usuluddin 2018

KUALA LUMPUR – Dewan Pendidikan, Majlis Dakwah Negara (MDN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Pusat Akidah dan Keamanan Global, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan Multaqa Ilmuwan Usuluddin 2018. Program pada 17 Disember (Isnin) di  Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM itu juga merupakan sinergi bersama Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia, Persatuan […]

Ziarah mangsa kebakaran Kampung Junkon

KUALA PENYU – Prihatin  dengan nasib sebuah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Junkon dekat sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tampil menziarah keluarga terdekat mereka. Pengarah YADIM Zon Sabah, Tuan Haji Samin Ongki turut menyampaikan sedikit sumbangan yang bertujuan meringankan beban keluarga mangsa semasa hadir pada petang hari kejadian. Dalam kejadian di Kampung Junkon, Menumbok, […]

Peminjam PTPTN tidak boleh lari lagi

KUALA LUMPUR – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan lebih RM2,000 sebulan selepas ini tidak boleh ‘culas’ membayar balik selepas skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dilaksanakan mulai Januari ini. Ia berikutan skim berkenaan yang seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak […]

Tak salah ucap ‘Merry Christmas’

PETALING JAYA – Tidak menjadi satu kesalahan untuk mengucapkan ‘Merry Christmas,” kata Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan itu, perbuatan berkenaan dibenarkan bagi menzahirkan ungkapan tahniah kepada perayaan agama lain tanpa niat memuliakan agama mereka. “Ianya sekadar ungkapan untuk menzahirkan kegembiraan sambutan itu. “Golongan Muslim boleh mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada orang […]

Pemimpin kuil Seafield mohon maaf kerana dakwa Adib dilanggar kenderaan bomba

KUALA LUMPUR – Pemimpin Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield USJ 25 yang sebelum ini mendakwa Muhammad Adib Mohd Kassim dilanggar oleh kenderaan bomba ketika rusuhan minggu lalu dilapor memohon maaf berhubung perkara itu. S. Ramaji dilapor berkata, beliau membuat kenyataan itu sebelum ini selepas melihat sebuah klip video dan mahu mengetengahkan kebaikan orang yang […]

Malaul ‘ala di dalam al-Quran tiada kena mengena dengan orang Melayu

KANGAR – Perkataan malaul ‘ala di dalam al-Quran tiada kena mengena dengan orang Melayu, sebaliknya merujuk kepada pembesar yang mempunyai pengikutnya yang sombong dan menentang para rasul. Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, perkataan itu yang banyak ditemukan di dalam al-Quran juga membawa maksud yang tidak baik. Beliau sehubungan itu menafikan dakwaan […]

Bayar saman sebelum keluar Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Dewan Negara mencadangkan agar mana-mana kenderaan dari Singapura yang mempunyai saman tertunggak, tidak dibenarkan meninggalkan negara sebelum menjelaskannya. Senator Datuk Rabiah Ali berkata langkah itu bertujuan mengekang kegiatan menjadikan lebuh raya dalam negara sebagai tempat “menguji” kelajuan kenderaan mereka. “Masalah lumba haram dan memandu kereta secara melulu oleh pemandu kereta […]