Home » Langit Terbuka » Bayar saman sebelum keluar Malaysia

Bayar saman sebelum keluar Malaysia

Senator Datuk Rabiah Ali berkata saman kompaun trafik ke atas kenderaan asing perlu dinaikkan ke satu jumlah yang maksimum dan kenderaan ini seharusnya dilarang meninggalkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin selagi saman tidak dijelaskan - Foto Wanista.com

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Dewan Negara mencadangkan agar mana-mana kenderaan dari Singapura yang mempunyai saman tertunggak, tidak dibenarkan meninggalkan negara sebelum menjelaskannya.

Senator Datuk Rabiah Ali berkata langkah itu bertujuan mengekang kegiatan menjadikan lebuh raya dalam negara sebagai tempat “menguji” kelajuan kenderaan mereka.

“Masalah lumba haram dan memandu kereta secara melulu oleh pemandu kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi dari Singapura menjadi satu ancaman yang sukar untuk kita selesaikan.

Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Johor Bahru ke Melaka menjadi litar ujian kenderaan mewah mereka hampir setiap minggu,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 hari ini.

Rabiah seterusnya berkata saman kompaun trafik ke atas kenderaan asing perlu dinaikkan ke satu jumlah yang maksimum dan kenderaan ini seharusnya dilarang meninggalkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) selagi saman tidak dijelaskan. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *