Harap JAKIM bantu sahkan status halal restoran di luar negara

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dapat membantu rakyat Malaysia di luar negara untuk mengetahui restoran mempunyai status halal yang diiktiraf. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, Jakim perlu menyelaraskan restoran halal yang boleh dikunjungi orang Islam dari Malaysia ketika berada di negara lain. “Sebolehnya kita ingin […]

Mekanisme pembayaran baharu PTPTN ditangguhkan

SHAH ALAM – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam kenyataan terbaharunya memaklumkan mekanisme pembayaran baru Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) akan ditangguhkan. Maszlee berkata, penangguhan berkenaan adalah bagi mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh. Menurutnya, proses berkenaan adalah bagi mendengar pandangan dan saranan mereka. Baru-baru ini PTPTN […]

Apa tujuan himpunan bantah ICERD?

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tujuan Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak relevan memandangkan kerajaan tidak akan meratifikasikan perjanjian tersebut. Menurutnya, kerajaan tidak meratifikasi ICERD, maka semua kebimbangan tidak terpakai lagi seperti kedudukan Melayu-Islam dan Raja-raja Melayu. “Jadi apa […]

Pastikan titik hitam kejatuhan Melaka tidak berulang

MELAKA – Rakyat perlu menjadikan titik-titik hitam sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu sebagai renungan agar ia tidak berulang pada masa akan datang. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, amanat itu dizahirkan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah semasa berangkat ke negeri ini pada 12 Julai 1990, merupakan peringatan yang […]

Kem Daie Muda Matrikulasi 7.0

KUALA PILAH – Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di sini, telah menghimpunkan seramai 530 para pelajar matrikulasi dari seluruh negara untuk program Kem Daie Muda Matrikulasi 7.0. Ia merupakan anjuran Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Bahagian Matrikulasi ,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Para pelajar dari 15 Kolej Matrikulasi ini telah berhimpun […]

Wacana Rakan Wanita

KUALA LUMPUR – Dewan Wanita Majlis Dakwah Negara, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bakal menganjurkan program Wacana Rakan Wanita pada 15 Disember ini (Sabtu). Ia merupakan satu program berbentuk wacana dengan tajuk ‘Wawasan Baru Perjuangan Wanita Islam di Malaysia’ yang akan disampaikan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zohdi Ab Majid, Pengerusi […]