Home » Langit Terbuka » Mekanisme pembayaran baharu PTPTN ditangguhkan

Mekanisme pembayaran baharu PTPTN ditangguhkan

Menteri Pendidikan berkata, penangguhan berkenaan adalah bagi mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh

SHAH ALAM – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam kenyataan terbaharunya memaklumkan mekanisme pembayaran baru Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) akan ditangguhkan.

Maszlee berkata, penangguhan berkenaan adalah bagi mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh.

Menurutnya, proses berkenaan adalah bagi mendengar pandangan dan saranan mereka.

Baru-baru ini PTPTN mengumumkan mekanisme baharu pembayaran balik pinjaman melalui skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dan mendapat banyak bantahan dari pembangkang serta kerajaan. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *