Home » Citra Yadim » Kem Daie Muda Matrikulasi 7.0

Kem Daie Muda Matrikulasi 7.0

KUALA PILAH – Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di sini, telah menghimpunkan seramai 530 para pelajar matrikulasi dari seluruh negara untuk program Kem Daie Muda Matrikulasi 7.0.

Ia merupakan anjuran Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Bahagian Matrikulasi ,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Para pelajar dari 15 Kolej Matrikulasi ini telah berhimpun di sini pada 30 November hingga 2 Disember lalu.

Ia merupakan kesinambungan siri kem daie sebelum ini, namun uniknya untuk tahun ini, para peserta dihimpunkan secara berpusat di sini, sekaligus menjadikannya sebagai yang terbesar.

Ia juga untuk memastikan para peserta dapat bertemu mata dan saling berkenalan dalam menghubungkan silaturahim bersama mereka.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM, Tuan Azman Bin Karim. Hadir sama ialah  Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan YADIM, Tuan Redhauddin Kamaruzaman.

Azman berharap, pengkaderan muda diperingkat awal ini diteruskan YADIM kerana ia sangat penting bagi mmberi input kepada peserta untuk mendepani ancaman terutamanya dalam dunia langit terbuka.

Sementara itu, senada dengan Azman, Pengarah Bahagian KEMUDA YADIM, Ustaz Sabir Abdul Ghani berkata, objektif program adalah memberi pendedahan kepada peserta berkaitan cabaran dalam dunia dakwah untuk mendepani masa hadapan yang lebih getir.

“YADIM juga berhasrat melahirkan seorang daie yang mempunyai keterampilan dari segi pengucapan awam, berbahas dan paling penting adalah berdasarkan nas dari al-Quran dan Hadis.

“Pelaksanaan Kem Daie Muda Matrikulasi 7.0 ini diharap mampu membantu hasrat kerajaan melahirkan remaja yang lebih berketrampilan, bersahsiah tinggi,”ujar beliau.

Tambahnya, penganjuran program ini juga diharap menjadi kelangsungan kepada program-program pengkaderan anak muda melalui Sahabat YADIM di universiti.

Menurutnya lagi, antara pengisian program adalah latihan dalam kumpulan, sesi perbincangan berkaitan isu semasa melalui medium forum, pembentangan dalam kumpulan, modul jati diri Muslim serta Cabaran Viper Dakwah ( acara rentas halangan ).

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *