Home » Citra Yadim » Wacana Rakan Wanita

Wacana Rakan Wanita

KUALA LUMPUR – Dewan Wanita Majlis Dakwah Negara, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bakal menganjurkan program Wacana Rakan Wanita pada 15 Disember ini (Sabtu).

Ia merupakan satu program berbentuk wacana dengan tajuk ‘Wawasan Baru Perjuangan Wanita Islam di Malaysia’ yang akan disampaikan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zohdi Ab Majid, Pengerusi Majlis Dakwah Negara.

Hadir sama ialah Ketua Dewan Wanita,Datuk Hajah Kamilia Ibrahim.

Objektif program ini  ialah meningkatkan kefahaman peserta dalam perjuangan wanita sebagai agen bagi memberi sumbangan kepada pembangunan dan perpaduan ummah.

Seramai 100 orang dijangka menjadi peserta program ini, yang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari di Dewan Jejantas JAWI,  dengan kumpulan sasar terdiri daripada ahli-ahli Majlis Dakwah Negara, kakitangan kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan swasta serta individu seramai 50-100 orang.

Orang ramai yang berminat boleh menyertai program ini secara percuma dengan menghubungi sekretariat program Majlis Dakwah Negara YADIM di talian 603-8870 3870

Program ini turut mendapat kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia JAWI.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *