Syor perluas kawasan larangan merokok di IPT

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan bercadang memperluaskan kawasan larangan merokok di institusi pengajian tinggi yang dijangka dikuatkuasakan tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata larangan itu susulan penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan dan dalam bangunan di kawasan Parlimen. “Kami (Kementerian Kesihatan) sudah melakukannya di Parlimen dan restoran, dan sekarang mungkin akan […]

Peruntukan RM25 juta untuk sekolah pondok diagih awal

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menyerahkan cek berjumlah RM25 juta yang diperuntukkan kerajaan persekutuan untuk diagihkan kepada 283 sekolah pondok berdaftar di seluruh Malaysia. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyampaikan cek dengan jumlah tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof di kementeriannya pagi ini. Guan Eng berkata penyerahan peruntukan yang diumumkan dalam […]

Penerima tidak perlu pulangkan hibah Tabung Haji

PUTRAJAYA – Pendeposit Tabung Haji (TH) tidak perlu memulangkan semula hibah yang diterima walaupun status halalnya dipersoalkan orang ramai, berikutan masalah itu hanya membabitkan peringkat pengurusan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata penerima tidak mengetahui mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan institusi kewangan Islam itu dan tindakan memulangkan semula […]

Kastam tubuh cawangan khas siasat salah laku pegawai

BANGI – Kastam Di Raja Malaysia mengumumkan penubuhan cawangan siasatan dalaman khas bagi menyiasat isu rasuah dan salahguna kuasa dalam jabatan itu berkuat kuasa sepenuhnya Rabu ini. Ketua Pengarahnya Datuk Seri T Subromaniam berkata, penubuhan cawangan tersebut selaras dengan peruntukan Seksyen 137 Akta Kastam yang memberi kuasa untuk menyiasat mana-mana pegawai kastam yang disyaki menawar […]

YADIM dan CENTHRA anjur sesi randau

PUTRAJAYA – Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan sesi randau pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGI), Kluster Hak Asasi Manusia Majlis Amal Islam Malaysia (MAIM) YADIM bertajuk  Pasca Semakan Berkala Sejagat #UPR31 Malaysia – Analisis Syor-syor Terhadap Malaysia. Program yang mendapat kerjasama daripada Majlis Agama […]

Tiada peguam syarie dalangi nikah ekspres

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menafikan kewujudan dalang nikah ekspres dalam kalangan pengamal perundangan syariah terutamanya peguam syarie selain menyifatkannya sebagai tuduhan berat. Nikah ekspres itu didakwa secara nyata telah dilakukan oleh ejen-ejen sindiket yang mengguna pakai nama peguam-peguam syarie bagi menipu atau mengaburi mata pelanggan-pelanggan mereka. Presiden PGSM, Musa Awang berkata, […]