Home » Citra Yadim » YADIM dan CENTHRA anjur sesi randau

YADIM dan CENTHRA anjur sesi randau

PUTRAJAYA – Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan sesi randau pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGI), Kluster Hak Asasi Manusia Majlis Amal Islam Malaysia (MAIM) YADIM bertajuk  Pasca Semakan Berkala Sejagat #UPR31 Malaysia – Analisis Syor-syor Terhadap Malaysia.

Program yang mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu bakal berlangsung pada 29 Januari 2019 (Selasa) bermula pukul 10 pagi  bertempat di di ibu pejabat YADIM, Kompleks Islam Putrajaya, di sini.

Antara agenda program tersebut termasuk ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertua YADIM, taklimat syor-syor semasa sesi ketiga UPR di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, maklum balas wakil-wakil NGI serta merangka strategi dan rumusan

Antara lain, objektif program ini diadakan termasuk untuk meneliti syor-syor terhadap Malaysia semasa sesi pusingan ketiga, Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke 31 pada 8 November 2018 lalu serta mendapatkan maklum balas serta fokus NGI berkaitan bidang-bidang tumpuan berkaitan syor-syor tersebut.

Program itu juga diharapkan dapat menyediakan rangka awal matriks perbandingan (comparison matrix) bagi syor-syor UPR bagi tujuan input kepada agensi dan jabatan-jabatan kerajaan serta merangka gerak kerja jangka masa panjang perlaksanaan syor-syor UPR serta membuat pendirian terhadap isu-isu yang tidak bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang di Malaysia.

Untuk pengesahan kehadiran sila hubungi talian berikut iaitu 03-88617707 (CENTHRA) atau 03-88703870 (MAIM-YADIM)

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *