Rahmatan Lil Alamin’ dan Maqasid Syariah sesuai untuk model Malaysia

KUALA LUMPUR – Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang dipraktiskan kerajaan mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut baginda, usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan Rahmatan-Lil-Alamin dilihat sesuai dengan konsep negara negara Islam berbilang kaum. “Beta amat menyokong usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam […]

Vaksin di Malaysia tiada bahan tidak halal

IPOH: Kementerian Kesihatan mengesahkan semua vaksin yang digunakan di negara ini adalah halal selepas melalui proses penyelidikan terperinci oleh pakar perubatan. “Semua vaksin di negara ini diketahui secara formal tidak mengandungi bahan bukan halal,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye. Boon Chye berkata, walaupun kilang bagi menghasilkan vaksin halal akan dibina di Malaysia, […]

CUCMS mahu terlibat sama program YADIM

PUTRAJAYA – Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) berhasrat untuk melibatkan para pelajarnya dengan program program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hasrat itu disampaikan oleh Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya, Professor Dr Abdul Latif Mohamed dalam kunjungannya ke ibu pejabat YADIM di sini hari ini (11 Mac 2019). “Para pelajar kami sememangnya […]

Hukuman penjara hina Nabi wajar

PETALING JAYA – Pakar Perlembagaan tidak melihat keperluan mana-mana pihak mempertikaikan keputusan mahkamah menjatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan terhadap individu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad. Pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Shamrahayu Abd Aziz berkata, berdasarkan pertuduhan dikenakan terhadap individu terbabit iaitu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen […]

Subjek Tahfiz al-Quran ditawarkan dalam STPM 2020

SERI KEMBANGAN – Mata pelajaran Tahfiz al-Quran buat pertama kalinya ditawarkan dalam Sijil Pemeriksaan Tinggi Malaysia (STPM) 2020 yang mana peperiksaan semester 1 akan bermula September ini. Setakat ini, 80 calon telah mengesahkan diri untuk mengambil subjek berkenaan dan dijangka jumlah calon meningkat kepada 1,500 orang dalam tempoh tiga tahun lagi. Pengerusi Jawatankuasa Sukatan Pelajaran […]

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong kekal terpelihara

KUALA LUMPUR -Kedudukan dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong tidak terjejas selepas negara menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan mengkaji secara mendalam dengan teliti dari segi semua aspek sebelum membuat keputusan untuk menyertai badan itu. “Keputusan kerajaan menyertai Statut Rome adalah selari dengan dasar kerajaan Malaysia […]

Mohammad Shtayyeh dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin

RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmud Abbas melantik sekutunya, Mohammad Shtayyeh sebagai Perdana Menteri Palestin di sini pada 10 Mac, kata pegawai rasmi. Menurut AFP yang memetik agensi rasmi Palestin, WAFA, langkah itu dilihat sebagai usaha untuk mengurangkan pengaruh Hamas. Mahmud juga meminta Mohammad yang merupakan anggota jawatankuasa pusat parti Fatah untuk membentuk kerajaan baharu. Shtayyeh, […]

LGBT cabar Islam: Mufti Pahang

KUANTAN – Tindakan tegas daripada pihak berkuasa perlu diambil terhadap penganjur dan penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mengadakan perhimpunan haram di ibu negara. Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, perhimpunan itu bertentangan dengan polisi kerajaan, malah bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan dan juga budaya timur yang menjadi […]