Konsep kesukarelawanan bertepatan dengan Rahmatan Lil Alamin

KANGAR – Konsep amalan sukarelawan bertepatan dengan Gagasan Rahmatn Lil Alamin yang membawa rahmat ke seluruh alam, jelas Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin. Menurut beliau, sikap para sukarelawan yang menyumbang dan mengorbankan masa serta tenaga sendiri membantu orang lain merupakan satu amalan mulia. Zolkharnain berkata demikian dalam […]

Jangan khuatir jalani saringan kanser

PUTRAJAYA – Tahap kesedaran rakyat mengenai risiko dan penyakit kanser masih rendah di negara ini. Perkara itu diakui sendiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad bersempena Hari Kanser Sedunia yang disambut di Institut Kanser Negara pagi tadi. Beliau tidak duduk senang dan sekadar mengkritik namun perlu mengambil tindakan untuk menyedarkan rakyat mengenai bahaya kanser. […]

Terima kasih Malaysia atas sokongan anda, kata wakil NZ

KUALA LUMPUR – New Zealand mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas sokongan kepada negara itu susulan serangan di 2 masjid di Christchurch minggu lalu yang meragut 50 nyawa. Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Hunter Nottage mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang terkorban dalam tembakan rambang itu. “Kita juga merasai penderitaan ahli […]

1 rakyat Malaysia cedera ditembak di NZ dibenarkan keluar hospital

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia, Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang cedera ditembak dalam serangan di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu dibenarkan keluar hospital semalam (22 Mac 2019). Perkembangan itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa. “Tarmizi sudah berada di rumah (New Zealand) dan masih bertongkat kerana ada serpihan peluru di punggungnya,” […]

Wakil agama senada mahu keamanan, tolak kebencian

KUALA LUMPUR – Wakil agama yang hadir di Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, hari ini bersolidariti mahukan keamanan dengan menolak keganasan. Antara yang berucap menolak keganasan dan kebencian adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang menegaskan ajaran Islam menekankan supaya setiap manusia terutama penganutnya berakhlak baik sesama makhluk. Beliau berkata, […]

Seminar Fiqh Wanita di Masjid Slow Machang

KUBANG GATAL – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Kijang Emas Group telah menganjurkan Seminar Fiqh Wanita di Masjid Slow Machang, di sini hari ini (23 Mac). Menurut Eksekutif Kanan YADIM Zon Timur, Ustazah Yusnita Mohamed Yusoff ,majlis ilmu ini menampilkan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Cawangan Kelantan, Ustaz Mohd Alimi Bin […]

Lima teras Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019

KUALA LUMPUR: Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 yang mengandungi lima pernyataan dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sempena perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, pagi ini. Beliau mengetuai bacaan deklarasi itu yang antara lain menyatakan dalam kebangkitan kebencian kaum dan agama, masyarakat dikejutkan dengan tindakan keganasan dan pembunuhan di […]

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Haziq

KUALA LUMPUR _ Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, remaja Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand Jumaat lepas. Baginda turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya menghormati perasaan serta memberikan sokongan kepada keluarga mangsa yang maut dan juga […]

Presiden Turki gesa global tolak Islamofobia

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa komuniti global menentang Islamofobia susulan serangan berdarah di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada minggu lalu. Recep menyifatkan serangan yang berlaku di dua masjid berkenaan sebagai sebahagian daripada serangan meluas terhadap orang Islam dan menuntut Barat untuk melancarkan lebih banyak propaganda anti Islam. “Sama seperti masyarakat […]

Sistem ekonomi Islam boleh bantu MAS

KUALA LUMPUR – Sistem wakaf merupakan antara alternatif yang boleh digunakan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd. (MAS) dengan mengambil kira kekuatan ekonomi masyarakat Islam pada masa ini. Memandangkan perniagaan penerbangan melibatkan kos yang tinggi mencecah berbilion ringgit, mungkin sebahagian kepentingan atau pemilikan syarikat itu terbuka untuk diwakafkan oleh sesiapa manakala selebihnya tetap […]