Home » Citra Yadim » Konsep kesukarelawanan bertepatan dengan Rahmatan Lil Alamin

Konsep kesukarelawanan bertepatan dengan Rahmatan Lil Alamin

Zolkharnain ketika memberi ucapan perasmian melancarkan Sularelawan Al Rahmah Perlis

KANGAR – Konsep amalan sukarelawan bertepatan dengan Gagasan Rahmatn Lil Alamin yang membawa rahmat ke seluruh alam, jelas Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin.

Menurut beliau, sikap para sukarelawan yang menyumbang dan mengorbankan masa serta tenaga sendiri membantu orang lain merupakan satu amalan mulia.

Zolkharnain berkata demikian dalam majlis Pelancaran Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Perlis di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini (23 Mac 2018).

SAR jelas beliau merupakan penjenamaan semula pasukan sukarelawan terdahulu, yang menjalani pengemaskinian struktur serta fungsinya.

Dalam ucapan pelancarannya, Zolkharnain turut menyentuh mengenai aspek kebajikan, tanggungjawab seorang sukarelawan serta apakah bentuk khidmat bakti yang boleh ditawarkan kepada masyarakat.

Kira kira 30 orang sukarelawan menghadiri majlis pelancaran tersebut. Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat YADIM, En Shahrizal Mat. Kakitangan YADIM yang turut serta ialah  Ustaz Muzammil Musbah, Ustaz Husnaini Mongin, En Zuhaini Jelani, En Mohd Noor Faiz Rahmat, dan En Aliff Azuwan.

Pada majlis berkenaan, anggota SAR Perlis turut sama sama menunjukkan rasa kesatuan mereka dengan  Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, yang diadakan di Kuala Lumpur pagi ini.

Selesai majlis pelancaran, anggota SAF Perlis kemudiannya melaksanakan khidmat Cuci Cuci, iaitu kerja kerja pembersihan surau di sekitar bandar ini.

Turut dilaksanakan ialah ziarah sambil memberi sumbangan keperluan asas kepada 20 buah kediaman yang memerlukan di sini.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *