Yasin for Aqsa: Sokongan buat rakyat Palestin

GEORGETOWN – Sebuah program bacaan surah Yasin akan diadakan pada 4 April ini di seluruh negara bagi menyatakan sokongan Malaysia terhadap rakyat Palestin yang diserang zionis Israel beberapa hari lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, program itu sudah dirancang oleh kerajaan bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang selama […]

Jawatankuasa Jenayah Siber tangani isu hina institusi raja

KUALA LUMPUR – Kerajaan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM-MCMC sebagai usaha memerangi jenayah siber secara lebih startegik dan tersusun. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, langkah itu termasuk bagi perkara melibatkan penghinaan terhadap institusi beraja, perkauman dan agama. Menurutnya, penubuhan jawatankuasa berkenaan dilihat bertepatan dengan kerjasama dan kolaborasi dalam perkongsian maklumat […]

Malaysia gesa Israel hormati keputusan PBB

PULAU PINANG – Malaysia menggesa Israel supaya menghormati keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengiktiraf Gaza sebagai wilayah milik Palestin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, pendirian Malaysia tentang penjajahan dan pendudukan Israel ke atas Palestin adalah jelas serta konsisten sejak dahulu dan sentiasa bersama-sama dengan Palestin dalam menghadapi isu […]

YADIM rancang adakan Wacana Maqasid Syariah

PUTRAJAYA –  Sesuai dengan hasrat kerajaan memperkasakan Maqasid Syariah serta matlamat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melaksanakan kerja kerja dakwah, satu wacana berhubung pendekatan itu akan diadakan di sini pada 21 April depan. Program ‘Wacana Maqasid Syariah Dalam Konteks Dakwah’ anjuran YADIM dan Akademi Nadwah Ulamak Nahdah Jadidah (NUNJI) ini, bermatlamat membuka ruang dialog/wacana di […]

‘Ikat perut’ dituju kepada jabatan kerajaan elak membazir

SHAH ALAM – Saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar anggota kerajaan ‘ikat perut’ perlu dilihat pada penggunaan bajet setiap jabatan kerajaan bagi mengelak berlakunya pembaziran. Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Tan Sri Dr Anuwar Ali berpendapat, Dr Mahathir tidak mahu bajet yang diperuntukkan, digunakan untuk projek yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat. “Ada projek […]

Mohd Na’im Ketua Pengarah baharu JKSM

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu. Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Mohd Na’im sebelum ini memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di JKSM. Beliau juga […]

Tebing Barat bakal jadi milik Zionis?

BEIRUT – ‘Tebing Barat ‘mangsa’ seterusnya’. Demikian amaran yang dikeluarkan oleh Hezbollah mengenai kedudukan Tebing Barat yang mungkin diiktiraf oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai wilayah yang dikuasai atau menjadi sebahagian daripada kedaulatan Israel. Ini selepas pentadbiran Presiden Donald Trump bertindak mengiktiraf Bukit Golan yang berada di dalam wilayah Syria sebagai ‘milik’ rejim Zionis. Setiausaha Agung […]